Samsung Mengadakan Acara Khas Pada 21 Oktober Untuk Pelancaran Set Kepala XR

TechnologyDigital
15 Oct 2025 • 7:56 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Samsung akan mengadakan acara khas untuk peranti Android XR pada 21 Oktober depan. Ini sudah pastinya menjadi pentas untuk Samsung Galaxy XR dilancarkan selepas rekaan penuh dan spesifikasi set kepala ini tertiris ke arena web baru-baru ini.

Yang menjadikan pengumuman pagi ini menarik ialah Samsung mengatakan lebih daripada satu peranti akan dilancarkan. Besar kemungkinan dalam acara yang sama Galaxy G Fold yang boleh dilipat tiga kali akan diacah secara rasmi buat pertama kali. Beberapa penambahbaikan kepada sistem kecerdasan buatan juga akan diumumkan menurut pengumuman yang dilakukan di laman rasmi Samsung pagi ini.

Dari segi spesifikasi Galaxy XR dilengkapi skrin 4K micro-OLED, dikuasakan oleh cip Snapdragon XR2+ Gen 2, 8 kamera dan sensor, antaramuka Samsung One UI XR dan bateri yang boleh bertahan sehingga 2.5 jam dengan sekali caj. Samsung sebelum ini mengesahkan Galaxy XR akan hanya dijual di pasaran tertentu dalam jumlah terhad pada peringkat awal.