Samsung Sedang Pertimbang Beberapa Peranti AI – Termasuk Subang Dan Rantai Leher

TechnologyDigital
11 Jul 2025 • 10:38 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Samsung merupakan antara syarikat pengeluar peranti terkemuka dunia, dan sering bereksperimen dengan sejumlah penawaran menarik. Pada tahun ini, mereka sedia hadir dengan Galaxy Ring, iaitu sebuah cincin pintar. Tidak setakat itu, berkongsi melalui temuramah bersama CNN, Samsung mengatakan sedang pertimbang beberapa peranti dengan integrasi kecerdasan buatan lain.

Antara bentuk peranti dengan integrasi AI yang sedang dipertimbangkan termasuklah subang atau anting-anting, dan juga rantai leher. Ia dilihat Samsung ingin mengintegrasikan sensor pada sejumlah aksesori yang sedia dipakai manusia, sekaligus membolehkan pengguna mendapatkan data kesihatan, dan sebagainya.

Samsung juga menyasarkan dengan peranti ini, pengguna boleh melakukan sejumlah tugasan atau berkomunikasi lebih pantas – tanpa perlu mengeluarkan telefon pintar. Antara bentuk peranti lain yang turut sedang dibangunkan adalah kaca mata pintar.

Sejumlah syarikat termasuk Meta sedia membangunkan kaca mata pintar. Tidak setakat itu, OpenAI turut sedang dalam proses membangunkan sebuah peranti AI mereka tersendiri.


Samsung mengatakan mereka sedang membangunkan kaca mata pintar. Namun, sejumlah pengguna tidak memakai kaca mata, dan disebabkan itu, Samsung sedang melihat kepada bentuk peranti lain. Buat masa ini, ia tidak diketahui lagi bilakah kita akan melihat peranti-peranti ini.