Samsung Mula Menaikkan Harga Siri Galaxy S25, Z Flip7 dan Tab S11 Di Amerika

TechnologyBusiness & Finance
15 Apr 2026 • 11:33 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Adakah anda sukakan berita buruk di permulaan hari? Sekiranya hari ini adalah hari yang anda sangat bernasib baik kerana kami bawak berita harga jualan beberapa model siri Samsung Galaxy S25, Galaxy Z Flip7 dan tablet Galaxy Tab S11 mula dinaikkan di Amerika Syarikat menurut laporan PhoneArena.

Bergantung kepada model, kesemua peranti di atas kini antara $40 hingga $280 lebih mahal. Trend yang dapat dilihat ialah saiz RAM dan storan lebih besar membawakan peningkatan harga yang lebih tinggi.

Image from: Samsung Mula Menaikkan Harga Siri Galaxy S25, Z Flip7 dan Tab S11 Di Amerika

Ramai mungkin terkejut kenapa peranti lama yang naik harga dan bukan yang terbaru. Ini adalah kerana kesemuanya adalah stok baharu yang terkesan dengan impak peningkatan kos cip NAND dipacu oleh permintaan tinggi pusat data kecerdasan buatan (AI). Hanya beberapa hari lalu Microsoft menaikkan harga kesemua Surface di Amerika Syarikat atas sebab yang sama.

Setakat ini tinjauan kami ke stor atas talian Samsung Malaysia menunjukkan semua peranti atas masih harga asal semasa dilancarkan tahun lalu. Tetapi ini semua pastinya harga untuk stok lama. Seperti telah kami katakan tahun lalu, masa terbaik untuk membeli peranti baharu ialah semalam. Masa kedua terbaik untuk membelinya pula ialah hari ini. Di bawah ialah harga jualan semasa siri Galaxy S, Z Flip7 dan Tab S11 di Malaysia.

  • Samsung Galaxy S25 (12/256 GB) – RM 3999
  • Samsung Galaxy S25 (12/512 GB) – RM 4599
  • Samsung Galaxy S25+ (12/256 GB) – RM 4999
  • Samsung Galaxy S25+ (12/512 GB) – RM 5599
  • Samsung Galaxy S25 FE (8/256GB) – RM 3099
  • Samsung Galaxy S25 FE (8/512GB) – RM 3699
  • Samsung Galaxy S25 Ultra (12/256 GB) – RM 5999
  • Samsung Galaxy S25 Ultra (12/512 GB) – RM 6599
  • Samsung Galaxy S25 Ultra (12/1000 GB) – RM 7799
  • Samsung Galaxy Z Flip7 (12/256GB) – RM 4999
  • Samsung Galaxy Z Flip7 (12/512GB) – RM 5599
  • Samsung Galaxy Z Flip7 FE (8/128GB) – RM 3999
  • Samsung Galaxy Z Flip7 FE (8/256GB) – RM 4299
  • Samsung Galaxy Tab S11 WiFi (12/256 GB) – RM 3899
  • Samsung Galaxy Tab S11 5G (12/256 GB) – RM 4399
  • Samsung Galaxy Tab S11 Ultra WiFi (12/256 GB) – RM 5999
  • Samsung Galaxy Tab S11 Ultra WiFi (12/512 GB) – RM 6499
    Samsung Galaxy Tab S11 Ultra 5G (12/256 GB) – RM 6499
  • Samsung Galaxy Tab S11 Ultra 5G (12/512 GB) – RM 6999