Samsung Perlihatkan Dua Rekaan Cermin Mata Pintar Android XR

TechnologyDigital
22 Jul 2026 • 10:23 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Samsung Perlihatkan Dua Rekaan Cermin Mata Pintar Android XR

Samsung menggunakan acara Unpacked di London hari ini untuk memperlihatkan dua rekaan cermin mata pintar yang menggunakan Android XR secara rasmi. Dua bingkai berbeza ini menerima sentuhan Gentle Monster dan Warby Parker. Ia adalah cermin mata yang sebelum ini telahpun dipratontonkan di acara Google I/O pada Mei lalu.

Image from: Samsung Perlihatkan Dua Rekaan Cermin Mata Pintar Android XR

Dua cermin mata ini adalah dari jenis audio dengan sokongan pembantu maya, dilengkapi kamera dan tidak dilengkapi skrin terbina. Perbezaan hanyalah rekaan cermin mata Gentle Monster dan Warby Parker yang diperlihatkan malam ini lebih berkotak serta dari jenis kanta preskripsi.

Turut didedahkan cermin mata pintar ini menggunakan cip pemproses Snapdragon AR1 Gen1. Ia boleh berfungsi sehingga 9 jam dengan sekali caj. Bekas simpanan merangkap pod pengecas yang disertakan pula memberikan pengecasan sehingga 7 kali sebelum ia perlu dicas semula.

Image from: Samsung Perlihatkan Dua Rekaan Cermin Mata Pintar Android XR

Dengan cermin mata pintar ini, Google berkata ia cuba mengurangkan penggunaan telefon pintar walaupun kedua-dua peranti memerlukan telefon pintar untuk berfungsi seperti sepasang Ray-Ban Meta. Menerusi kamera terbina ia boleh memahami apa yang sedang dipandang pemakai. Ia boleh memberikan arahan navigasi langkah-demi-langkah.

Menerusi integrasi ekosistem Galaxy pula, nota yang dilihat oleh cermin mata kemudiannya boleh diubah menjadi nota bertulis yang dipaparkan pada skrin telefon. Panggilan telefon boleh dijawab menggunakan cermin mata dan banyak lagi.

Image from: Samsung Perlihatkan Dua Rekaan Cermin Mata Pintar Android XR

Integrasi ejen AI Gemini pula membolehkan pembelian dilakukan dengan arahan suara tanpa pemilik membuka telefon pintar. Semua pengesahan pembelian dilakukan dengan arahan suara sahaja.

Samsung hanya akan mula menjual cermin mata pintar ini pada musim luruh kelak iaitu sekitar bulan September. Harga serta di mana ia akan dipasarkan belum lagi diumumkan pada waktu ini.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved