Samsung telah pun memperkenalkan Galaxy S25 Edge secara rasminya semalam, menawarkan model dengan rekaan lebih nipis berbanding model biasa. Penawarannya masih terhad buat masa ini, tetapi ia mungkin berubah pada tahun hadapan.
Mengikut laporan dari Korea Selatan, Samsung dikatakan sedang merancang untuk menambah model “Edge” pada pengenalan siri Galaxy S26 pada tahun hadapan. Model “Edge” ini dikatakan berkemungkinan besar menggantikan model “Plus” yang kurang menerima permintaan setakat ini.

Walaubagaimanapun, perancangan ini mungkin berubah sekiranya model “Edge” tidak menerima permintaan seperti yang dijangkakan pihak Samsung.
Galaxy S25 Edge hadir dengan skrin 6.7-inci, dijana dengan cip Snapdragon 8 Elite, dan membawakan ketebalan 5.8mm – lebih nipis berbanding Galaxy S25 Ultra yang setebal 8.2mm. Buat masa ini, Galaxy S25 Edge tiada perancangan untuk dijual di Malaysia.
