Samsung : Telefon Boleh-Lipat 2023 Akan Lebih Nipis Dan Ringan

TechnologyDigital
19 Jul 2023 • 12:11 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Samsung sedia menjadualkan acara Galaxy Unpacked pada bulan ini, dimana mereka dijangka memperkenalkan telefon dibawah siri Galaxy Z Fold dan Galaxy Z Flip. Dengan menghampiri acara pengenalan berkenaan, TM Roh yang mengetuai Samsung Electronics berkongsi beberapa perkara yang diterajui Samsung.

image is not available

Salah satu perkara yang turut disentuh adalah berkenaan rekaan telefon boleh-lipat akan datang dibawah Samsung. Menurut TM Roh, penawaran tahun ini akan membawakan rekaan yang lebih nipis dan ringan berbanding generasi sebelum ini.

Samsung dijangka mengumumkan penawaran mereka secara rasminya pada 26 Julai. Dengan rekaan dan harga yang lebih baik, tidak mustahil lebih ramai beralih menggunakan telefon dengan teknologi skrin boleh-lipat.

Sama-sama kita nantikan minggu hadapan untuk kejutan yang disediakan Samsung ini.