Samsung Terbitkan Senarai 31 Peranti Yang Akan Menerima Android 14

TechnologyDigital
14 Nov 2023 • 9:12 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Samsung Galaxy S23, Galaxy S23+ dan Galaxy S23 Ultra telah mula menerima One UI 6 berasaskan Android 14. Tetapi berapa banyak peranti Samsung yang akan menerima One UI 6? Persoalan ini sedikit terjawab menerusi maklumat yang dikongsi oleh moderator forum Samsung di Romania.

image is not available

Sebuah senarai mengandungi 31 peranti diterbitkan dan ia adalah lebih panjang berbanding senarai asal dengan hanya 14 peranti yang kami terbitkan pada penghujung Ogos lalu. Majoriti peranti di bawah ini akan menerima One UI 6 sebelum tamatkan 2023. Selalunya hanya peranti mercu siri Galaxy S dan Galaxy Z sahaja yang menerima sistem operasi berasaskan Android baharu.

Kepada pemilik peranti Samsung ini adalah sesuatu yang pastinya menggembirakan. Sungguhpun begitu harus dinyatakan tarikh ini ialah adalah untuk peranti di Eropah. Tetapi kita dapat melihat peranti di Malaysia menerima One UI 6 beberapa hari selepas peranti di Eropah.

ModelTarikh Menerima One UI 6
Galaxy A34 5G13/11/2023
Galaxy A54 5G13/11/2023
Galaxy S2215/11/2023
Galaxy S22+15/11/2023
Galaxy S22 Ultra15/11/2023
Galaxy S23 FE20/11/2023
Galaxy Z Flip513/11/2023
Galaxy Z Fold513/11/2023
Galaxy A14 5GBelum ditetapkan
Galaxy A13 5G20/11/2023
Galaxy A33 5G20/11/2023
Galaxy A5227/11/2023
Galaxy A52s 5G27/11/2023
Galaxy A53 5G20/11/2023
Galaxy A7230/11/2023
Galaxy S21 5G20/11/2023
Galaxy S21+ 5G24/11/2023
Galaxy S21 FE 5G20/11/2023
Galaxy S21 Ultra 5G20/11/2023
Galaxy Z Flip420/11/2023
Galaxy Z Fold420/11/2023
Galaxy A1327/11/2023
Galaxy A14Belum ditetapkan
Galaxy A23 5G27/11/2023
Galaxy A25 5G01/12/23
Galaxy A52 5GBelum ditetapkan
Galaxy Tab A7 LiteBelum ditetapkan
Galaxy Z Flip3 5G27/11/2023
Galaxy Z Fold3 5G27/11/2023
Galaxy A04s04/12/23
Galaxy XCover508/12/23