Samsung Wallet Kini Turut Menyokong Kad Prabayar Wise

LocalTechnology
11 Nov 2025 • 2:17 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Samsung Wallet kini dilihat telah mengemaskini sokongan kad pembayaran melalui aplikasi mereka, dan turut menambah Wise dibawah senarai sokongan. Dengan langkah ini, kini pengguna Samsung Wallet atau Samsung Pay di Malaysia boleh menggunakan kad prabayar Wise yang dipautkan bersama ke aplikasi berkenaan.

image is not available

Samsung Pay merupakan sebahagian daripada Samsung Wallet, membolehkan pengguna dengan mudah melakukan pembayaran di sejumlah pekedai di Malaysia dengan hanya menyentuh peranti Samsung terpilih pada terminal pembayaran. Ia dijayakan melalui penggunaan teknologi NFC untuk melakukan pembayaran.

Dengan penambahan ini, kini Samsung Wallet menawarkan sokongan untuk pengguna yang menggunakan bukan sahaja Wise, tetapi juga untuk pengguna Alliance Bank, Bank Islam, Bank Muamalat, CIMB Bank, Hong Leong Bank, HSBC, Maybank, Public Bank, RHB dan juga Standard Chartered.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved