Samun RM2.91 juta: Polis rakam keterangan 12 saksi 

10 Sep 2026 • 7:06 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Samun RM2.91 juta: Polis rakam keterangan 12 saksi 

PETALING JAYA: Polis merakam keterangan 12 orang saksi bagi membantu siasatan kes samun berkumpulan dan bersenjata membabitkan kerugian RM2.91 juta di sebuah kediaman mewah di Jalan Ampang dekat sini.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Asisten Komisioner Annas Sulaiman berkata, setakat ini pihaknya masih menjalankan siasatan bagi mengenal pasti identiti kesemua suspek yang terlibat dalam kejadian itu.

Menurutnya, siasatan turut merangkumi sebarang kemungkinan atau elemen penglibatan orang dalam mahu pun bersubahat, memandangkan kondominium berkenaan mempunyai kawalan keselamatan yang ketat.

“Semasa kejadian berlaku, pengadu berada di dalam rumah berkenaan bersama lapan orang mangsa yang lain,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Kelmarin, media melaporkan polis sedang giat mengesan sekumpulan lelaki bertopeng, bersarung tangan serta bersenjatakan pisau yang menceroboh masuk ke sebuah unit kediaman di Pavilion Embassy pada 7 September lalu.

Dalam kejadian kira-kira pukul 2 hingga 3 petang itu, kumpulan suspek melarikan wang tunai, barangan kemas dan jam tangan mewah dianggarkan bernilai RM2.91 juta, selain merosakkan telefon bimbit serta melarikan pasport milik mangsa warga China berusia 28 tahun.

Kes itu disiasat di bawah Seksyen 395 dan Seksyen 397 Kanun Keseksaan kerana samun berkumpulan dan bersenjata. – UTUSAN

The post Samun RM2.91 juta: Polis rakam keterangan 12 saksi  appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved