
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Sebagai orang asing yang datang ke sesebuah negara sama ada melancong atau menetap, kita perlulah sentiasa menjaga tingkah laku dan adab.
Hal ini kerana sikap kita boleh menjadi cerminan terhadap pandangan masyarakat luar mengenai negara asal kita.
Pun begitu, tidak dinafikan masih ada individu-individu yang berada di luar negara tidak menjaga adab dan tingkah lakunya.
Tular 2 lelaki warga Indonesia main pedal depan tanah perkuburan di Jepun
Seperti baru-baru ini, tular di media sosial satu video yang memaparkan tindakan dua lelaki yang didakwa warga Indonesia bermain pedal di hadapan sebuah kawasan tanah perkuburan di Jepun.
Perkara itu dikongsikan oleh seorang pengguna X (@harukaawake) dipercayai warga Jepun yang menegur tindakan dua individu berkenaan.
“2 individu warga Indonesia memutuskan untuk bermain padel di sebuah kawasan tanah perkuburan di Jepun. Saya rasa saya tidak perlu menjelaskan betapa tidak beradabnya kelakukan sebegini,” ciapnya.
Malah dakwa pemilik akaun, kedua-duanya juga adalah beragama Islam.
Main pedal sebelah kubur, siap ikat tali pada tembok jadikan ‘net’
Dalam video tersebut, jelas kelihatan dua lelaki terbabit bermain pedal di atas jalan bersebelahan kawasan perkuburan.
Malah, kelihatan juga mereka menggunakan tali berwarna putih yang diikat pada sebuah tempok dijadikan sebagai ‘net’.
Turut kelihatan mereka melakukan aksi tunduk hormat ke arah kawasan perkuburan setelah selesai bermain.
Pun begitu, tidak pasti sama ada kiri dan kanan mereka adalah kawasan perkuburan atau terdapat perumahan di situ. Namun jelas perbuatan berkenaan tidak sepatutnya dilakukan kerana ia terang-terangan dapat mengguris hati warga Jepun yang melihatnya.
Two Indonesian Muslims decide to play padel at a Japanese cemetery.
— 鈴森はるか 『haruka suzumori』 (@harukaawake) January 27, 2026
I don't think I even need to explain how unbelievably disrespectful this type of behavior is. pic.twitter.com/ZNcjjA7baq
Ramai kecam tindakan 2 lelaki warga Indonesia main pedal di Jepun
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengguna media sosial mengecam tindakan dua individu terbabit kerana boleh memburukkan negara asal mereka.
Tidak kurang juga netizen warga Indonesia yang tampil memohon maaf atas kelakukan rakyatnya itu.




![Lelaki Berlari Tahan Kereta Dalam Cubaan Selamatkan Anak Kucing Atas Jalan Raih Pujian Ramai [Video]](https://cdn.newswav.com/img/topic/pets.jpeg)