Jenama minuman teh terkenal, Chagee sentiasa menambat hati pelanggan bukan sahaja dengan aroma teh yang menyegarkan malahan promosi hadiah yang ditawarkan.
Bukan hanya baucar, pelanggan juga berpeluang memenangi hadiah-hadiah mewah yang lain.
Sempena menyambut ulang tahun yang ketujuh baru-baru ini, Chagee menawarkan pelbagai hadiah untuk pelanggan yang bertuah menerusi pembelian white peach oolong atau jasmine green milk tea bersaiz besar.
Ada yang bertuah dapat memiliki barangan mewah seperti beg tangan dan dan tidak kurang juga yang mendapat baucar dari Chagee.
Namun, tular isu yang tidak memuaskan hati pelanggan apabila satu video tular yang memaparkan pekerja di cawangan Chagee di Selangor telah memilih cup air berkenaan yang mempunyai hadiah dan mengasingkannya serta dibawa ke belakang kaunter.
part 1 2 hari berturut² beratur kat chagee.. juz for fun… tp geram ble tgk staff chagee check cup² y ready utk digunakan n asing kn mne y ade gift kat dlm… #chagee #chageemalaysia #chageetearandwin #chageeanniversary #chageesuprisegift #bettertogetherchagee #CHAGEEMY #scam
Tindakan pekerja berkenaan mengundang rasa marah netizen yang menyifatkan perbuatan tersebut tidak Amanah.
Isu berkenaan masih belum mendapat kenyataan daripada Chagee.
Namun, isu berkenaan dakwaan netizen yang mengatakan Chagee hanya memberikan hadiah kepada pempengaruh, Chagee dalam komen maklum balas kepada netizen mengatakan mereka hanya berkolaborasi dengan pempengaruh dan hadiah yang ditunjukkan hanyalah sebagai alatan props.

The post ‘Sangat tidak adil!’ – Pekerja Chagee didakwa asingkan cup yang ada hadiah menarik appeared first on The Reporter.



