“Sanggup anak pakai grab” – Ex Wife Dedah DDNK Ambil Semua Kereta, Anak Tiada ‘Transport’ Ke Sekolah

Entertainment
7 Dec 2022 • 11:06 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Kemelut masalah rumah tangga mentor pelaburan saham, Dato’ Dr Nazri Khan (DDNK) dan isterinya, Hasmawatie tiba-tiba menjadi sebutan kembali apabila baru-baru ini, bekas isterinya meluahkan rasa sedih ketika menyambut hari lahir ke 43 tahun.

Menerusi perkongsiannya di Facebook, Hasmawatie berkata dia telah dijangkiti Covid-19 pada hari lahir dan lebih menyedihkan dia menerima satu berita kurang menyenangkan mengenai kenderaan miliknya.

image is not available

DDNK nak ambil semua kereta bekas isteri?

Bekas isteri DDNK ini mendedahkan bahawa dia sebelum ini dalam proses menjual dua buah kereta atas namanya dan bekas suami juga katanya bersetuju untuk menggantikan kereta yang baru.

Namun keputusan itu berubah selepas DDNK katanya mahu mengambil kesemua kereta tersebut sehingga Hasmawatie tidak mempunyai sebarang kereta untuk digunakan.

Luahan hati sempena hari birthday saya. Hari ni hari birthday saya yg ke 43 tahun. Ye tahu dah tua . Pertama kali juga spjg covid melanda ni ini lah kali pertama saya kena covid. Aduh baru tahu seksanya sakit badan dan lesu nya. Tapi yg peliknya selera makan bertambah walaupun makan sikit sikit image is not available. Hahaha bahaya. Hari ni juga saya mendapat perkhabaran dari sales agent kereta saya dan lawyer sy. Saya ni dlm proses utk jual kereta Lambo Urus saya dan kereta bmw saya. Nama saya. Dan semasa pertemuan saya dan pihak ex dan lawyer saya di Pavilion sebelum bercerai, dia dh agree utk gantikan kereta saya. Kereta company, Lambo Avendatador yg dia pakai pun saya dh jual bukannya sy dpt apa pun. Begitu juga conversation saya dgn Sales person lain dia janji utk gantikan. Tapi hari ni setelah kereta sy dh dpt buyer dia plk nak amik utk kedua dua kereta sy. Hahaha untuk apa sedangkan kereta ganti tak nak plk bagi. Lebih sanggup utk bagi Haykal pergi sekolah pakai grab car atau kereta sewa. Dan paling memedihkan kalau Haykal tahu.. bila sales agent tanya bab haykal ke sekolah.. Its not your business ye. Sy rasa betul sangat dah bab tu agent tanya sebab anak nak ke sekolah pakai kereta apa kan kalau dia nak kereta saya. Dia sedar tak saya hantar anak saya ke sekolah 4 kali ulang alik dari Jitra ke Sg Petani dan setiap kali pergi 1 trip 1 jam. Even Mar sendiri dah bercakap dengan dia hari sabtu lagi bab kereta ni. Siap dia suruh bagi model kereta utk ganti. Jangan nak cakap tak ada contact. Dan sudah semestinya saya takkan nak liase utk bercakap sendiri lagi sebab tak pernah apa pun nak setel. Kalau dia setel dengan sy pasti sy akan penuhi permintaan dia utk jumpa atau unblock. Yee dia nak jumpa tu byk kali dah tapi utk apa ye? Setel dulu la apa pun. Itu belum bab company yang mana dia tak nak setel lagi dengan saya. Dia nak org lebih lost respect ke dengan apa yg dia buat ni. Belajar utk solve the problem. Siapa pun penasihat dia ni. Kembali la ke pangkal jalan. Selagi dia tak setel bab saya cara baik, satu sen pun saya tak halal kan. Dan jumpa di mahkamah utk sy reveal kan. Sy akan jemput wartawan utk cover besar besaran.

Posted by Atielia De Sams on Monday, December 5, 2022

 

Posting tersebut juga mendedahkan perbualan yang didakwa DDNK bersama ejen kereta yang mana ejen tersebut juga ada bertanya mengenai bagaimana anak pasangan tersebut, Haykal untuk ke sekolah jika bekas isteri pakar saham itu tidak mempunyai sebarang kereta.

Lebih sanggup untuk bagi Haykal pergi sekolah pakai grab car atau kereta sewa. Dan paling memedihkan kalau Haykal tahu.. Bila sales agent tanya bab Haykal ke sekolah.

It’s not your business ye. Saya rasa betul sangat dah bab tu agent tanya sebab anak nak ke sekolah pakai kereta apa kan kalau dia nak kereta saya. Dia sedar tak saya hantar anak saya ke sekolah 4 kali ulang alik dari Jitra ke Sg Petani dan setiap kali pergi 1 trip 1 jam,” tulisnya.

Hasmawatie ternyata terkilan dengan situasi tersebut dan tidak akan menghalalkan apa-apapun selagi isu itu tidak diselesaikan dengan baik.

Apa-apapun posting bekas isteri DDNK ini telah mendapat sokongan daripada netizen yang mana rata-rata mendoakan supaya dia kuat menghadapi dugaan ini.

image is not available

Harap semuanya yang baik-baik saja untuk mereka ini ya. Tabahlah!

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.