Sanggup Bakar Motosikal, Tapi Tak Bayar Ansuran Dah 20 Bulan

LocalCars
27 Dec 2024 • 11:15 AM MYT
Carz Automedia
Carz Automedia

Latest automotive news & review in one place.

image is not available

image is not available

Berang motosikal mahu ditarik, seorang wanita membakar motosikal miliknya di Jalan Masjid, Pokok Assam, Taiping semalam.

Wanita itu telah bertindak mencurahkan minyak petrol ke motosikal jenis Honda RSX sebelum membakarnya.

Ketua Polis Daerah Taiping, Asisten Komisioner Mohamad Nasir Ismail berkata, pihaknya menerima laporan berhubung tindakan seorang wanita membakar motosikal dalam kejadian di Jalan Pokok Assam di sini.

image is not available

Berdasarkan video tular di media sosial, seorang wanita dirakam menyimbah cecair dipercayai petrol ke atas kenderaan tersebut sebelum bertindak membakarnya

“Siasatan awal mendapati motif kejadian berpunca apabila suspek tidak berpuas hati dengan tindakan penarik motosikal yang mahu menarik kenderaan itu kerana mempunyai tunggakan selama 20 bulan,” katanya dalam satu kenyataan

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved