Tular Video Bak*r Motosikal Sendiri Sebab Tak Puas Hati Kena Tarik, Wanita Ditahan Polis

Entertainment
27 Dec 2024 • 10:34 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Seorang wanita telah ditahan polis susulan tindakannya membakar motosikal miliknya berhampiran sebuah gerai di Jalan Masjid, Pokok Assam, Taiping, semalam.

Menerusi video tular di media sosial, difahamkan motosikal berkenaan sudah tertunggak bayaran ansuransnya selama 20 bulan namun pemiliknya enggan memberi kerjasama apabila kenderaan itu hendak ditarik.

Menurut laporan, dalam kekecohan yang berlaku pada petang semalam itu, pemilik motosikal yang juga seorang peniaga telah bertindak mencurahkan minyak petrol ke motosikal jenis Honda RSX sebelum membakarnya.

Pihak penarik kenderaan tidak dapat berbuat apa-apa selain daripada hanya melihat tindakan wanita tersebut yang mengejutkan mereka.

“Kami tarik motosikal ini dari JCL. Motosikal ini sudah tidak dibayar 20 bulan. Owner simbah minyak dan bakar,” katanya.

Kebakaran itu kemudiannya dipadamkan oleh pasukan Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Taiping dan motosikal berkenaan mengalami kebakaran lebih 80 peratus.

image is not available

Wanita yang berusia lingkungan 40-an itu telah ditahan dan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Taiping untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 435 Kanun Keseksaan atas kesalahan khianat dengan api.

Sumber: Sinar Harian

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.