Sanggup Basah Kuyup, Aksi 2 Pemuda Selamatkan Pakcik Terkandas Bawah Pokok Akibat Ribut Raih Pujian [Video]

LocalEnvironment
25 Sep 2025 • 4:02 PM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

image is not available

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu

Selepas musim panas melanda negara, kini semakin banyak pula kawasan dilaporkan hujan lebat dan lebih parah lagi ribut kencang. Sebelum ini, beberapa lokasi di ibu kota Kuala Lumpur terkesan dengan cuaca terbabit sebagai contoh di The Five, Bukit Damansara.

Selain itu, satu klip yang tular di TikTok turut menunjukkan bumbung Stadium Negara tercabut akibat tiupan angin kuat.

Ia bukan sahaja menyebabkan kerosakan malah mengundang bahaya kepada orang sekeliling yang berada di tempat kejadian.

Pakcik Terkandas Bawah Pokok Ketika Ribut

Terbaharu, tular satu hantaran di laman TikTok (@unknownbryan_73) apabila seorang lelaki dikenali sebagai Bryan berkongsi situasi angin ribut kencang yang dipercayai berlaku sekitar Kulim, Kedah.

Menerusi video perkongsian, kelihatan seorang pakcik yang menunggang motosikal berserta dengan kotak-kotak di belakangnya terkandas di bawah sepohon pokok akibat ribut tersebut.

Menurut Bryan, dia pada awalnya tidak sangka hujan akan turun dengan begitu lebat sehingga menyebabkan pakcik berkenaan tidak dapat bergerak dan menuju ke destinasinya.

Pakcik itu juga berkemungkinan panik dan tidak pasti mahu melakukan apa dalam situasi berkenaan.

Dua Pemuda Di Kawasan Sekitar Bantu Warga Emas Di Bawah Pokok

Cakna dengan perkara itu, Bryan bersama rakannya telah tampil membantu dengan membawa warga emas tersebut ke tempat berteduh.

Walaupun hujan lebat, dua pemuda itu sanggup basah kuyup bagi menyelamatkan pakcik yang sukar untuk bergerak. Salah seorang daripadanya pula telah bantu mengalihkan motosikal dan meletakkannya di tempat yang lebih terlindung.

“Uncle tu dari tadi memang duduk atas motor, berhenti di tepi jalan dan memang tak ada orang yang tolong. Jadi saya dan kawan saya pun nekad untuk bantu dia walau apa pun.

“Janji uncle tu selamat sebab macam korang nampak dia berhenti bawah pokok basah tu. Tak apa janji uncle tu selamat sampai ke rumah bila hujan sudah berhenti. Kami ikhlas sebab nak uncle selamat,” ujarnya di ruangan kapsyen.

@unknownbryan_73 mula mula ingatkan hujan biasa but tida sangka yang sekali datang dengan ribut angin kencang so uncle tu memang dari tadi duduk atas moto berhenti di tepi tu and memang teda orang tolong so me and my friend decided to help him with all cost janji uncle tu selamat sebab as you guys can see dia berhenti bawah pokok basah tu tida apa janji uncle tu selamat sampai ke rumah bila hujan suda berhenti (ps: kami ikhlas sebab nak uncle selamat) #4u #fypシ゚ #heavyrain ♬ original sound – Anthony Jade Esperanza – ᴀɴᴛʜᴏɴʏ.

Tonton video penuh [DI SINI].

Ramai Kagum Dengan Kegigihan Dua Pemuda Bagi Membantu Pakcik Yang Terkandas

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata orang ramai memuji tindakan murni dua orang lelaki ini kerana sudi membantu orang kesusahan.

“Dia mungkin ayah seseorang. Terima kasih orang berhati mulia,” kata seorang pengguna TikTok.

“Korang buat saya sedar masih wujud orang-orang baik macam ni. Semoga Allah balas jasamu anak muda,” ujar seorang lagi netizen.

Seorang wanita yang mengenali pakcik berkenaan turut meluahkan rasa syukur apabila ada insan baik hati sudi membantu.

“Terima kasih tolong pakcik tu. Dia selalu ambil kotak dekat kami. Dia sakit kaki tak boleh nak gerak banyak,” kongsi individu itu.

Sementara itu, Bryan turut memberi penghargaan kepada ahli keluarga kerana mendidiknya menjadi seorang yang sentiasa bertimbang rasa.

“Terima kasih kepada keluarga yang membesarkan dan ajar saya untuk melakukan kebaikan tidak kira di mana pun untuk orang yang berada dalam kesusahan. Ibu bapa saya kata, tolong orang yang perlukan pertolongan,” kata Bryan.

image is not available

image is not available

image is not available

image is not available

image is not available

image is not available
Sumber: TikTok (@unknownbryan_73)

Langkah Keselamatan Semasa Berdepan Dengan Ribut

Jika anda berada dalam situasi sedemikian, terdapat beberapa langkah keselamatan di luar rumah yang perlu diambil perhatian. Antaranya:

  • Tunda perjalanan atau aktiviti jika ramalan cuaca mengatakan ribut akan melanda.
  • Cari perlindungan selamat dan tertutup sekiranya dengar bunyi guruh.
  • Bercangkung atau merendahkan badan apabila berada di kawasan lapang.
  • Segera turun dari kawasan bertingkat seperti bukit, rabung gunung atau puncak.
  • Jangan berlindung di bawah pokok terasing.
  • Jauhi objek yang mengalirkan elektrik seperti pagar dawai.

La Nina Dijangka Melanda Malaysia Pada Disember Ini

Untuk info, Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) sebelum ini memaklumkan bahawa terdapat kemungkinan fenomena La Nina berlaku dalam tempoh singkat pada hujung tahun 2025 sehingga Februari 2026 sebelum pola cuaca kembali normal.

Memetik National Oceanic and Atmospheric Administration (NOAA), La Nina bermaksud keadaan suhu yang lebih sejuk dari biasa merentangi Pasifik Tengah dan Timur.

image is not available
Sumber: Malay Mail

La Nina ini sekaligus akan meningkatkan kekerapan hujan lebat di sesebuah negara. Menurut penulis geopolitik dan sejarah ekonomi dikenali sebagai Ahmad Faezal, fenomena itu mampu mengundang kesan sampingan berbahaya sebagai contoh tanah runtuh dan banjir.

Source: