Sanggup ‘Mandi Peluh’, Radhi OAG Bantu Tolak Kereta Rosak Tengah Jalan Dipuji Netizen

27 Mar 2023 • 4:18 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Terbaiklah Radhi OAG!

Sanggup ‘Mandi Peluh’, Radhi OAG Bantu Tolak Kereta Rosak Tengah Jalan Dipuji Netizen. Siapa je yang tidak mengenali sosok artis ‘sensasi’ kelahiran Sarawak, Radhi OAG yang sering terpalit dengan kontroversi dunia hiburan.

Namun, baru-baru ini tular satu video di Facebook dimana beliau dikatakan sanggup keluar dari kereta beliau bagi membantu seorang individu untuk menolak keretanya yang dikatakan rosak di tengah jalan.

image is not available
Sanggup ‘Mandi Peluh’, Radhi OAG Bantu Tolak Kereta Rosak Tengah Jalan Dipuji Netizen. Kredit: Anas Asnawi Gazali

Video tersebut telah dikongsi oleh Anas Asnawi Gazali selaku pemilik kereta tersebut.

Video berdurasi dua minit yang dimuat naik di laman DashCam Owners Malaysia pada Ahad memaparkan Radhi berlari dibahu jalan selepas melihat kereta berkenaan tidak bergerak.

Sampai berpeluh Radhi!

Menerusi video bertarikh 21 Mac itu, kedengaran suara Radhi yang bersungguh mahu membantu menolak kereta tersebut.

Menerusi perkongsian itu, rata-rata netizen memuji tindakan beliau walaupun yang dikatakan ‘tidak berkira’ walaupun statusnya sebagai seorang artis.

Ini antara respons netizen

Setelah menjengah ke ruangan komen, ada yang kagum dengan beliau yang sanggup berpanas semata-mata mahu membantu menolak kenderaan tersebut.

image is not available

image is not available

Ada juga netizen yang sempat menyelitkan doa buat beliau.

image is not available

Baca lagi artikel terkini di sini: