“Ada juga artis berhati mulia” – [VIDEO] Netizen Kagum Radhi OAG Bantu Tolak Kereta Rosak Bahawa Panas Terik

Entertainment
27 Mar 2023 • 1:39 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Baru-baru ini telah tular sebuah video yang memaparkan kemuliaan hati penyanyi, Radhi OAG yang bertindak membantu sebuah kereta yang telah rosak di tengah jalan sekali gus menyebabkan kesesakan lalu lintas.

Menerusi video yang berdurasi dua minit itu, dapat dilihat kereta individu itu secara tiba-tiba rosak di sebuah lampu isyarat dan dipercayai oleh kerana bateri keretanya dalam keadaan yang lemah.

Dalam banyak² kereta yang lalu, ada juga artis yang berhati mulia tolong tolak kereta sorang². Terima kasih Radhi OAG.

Posted by Anas Asnawi Gazali on Saturday, March 25, 2023

“Dalam banyak-banyak kereta yang lalu, ada juga artis yang berhati mulia tolong tolak kereta sorang-sorang. Terima kasih Radhi OAG,” tulisnya di perkongsian tersebut.

Apa yang menarik perhatian warganet adalah, Radhi dilihat berlari dengan sepenuh dayanya menuju ke arah individu terbabit dan terus membantu dengan menolak kereta yang tersadai itu meskipun dalam keadaan panas terik.

Tidak lama kemudian, anak Radhi, Muhammad turun daripada kereta untuk mencari bapanya, tapi Radhi meminta anak lelakinya itu untuk kembali semula ke dalam kereta mereka.

image is not available

Dengan cuaca yang panas terik itu, Radhi kelihatan sangat penat sambil mengelap peluhnya ketika menolak kereta tersebut, bagaimanapun, dia tetap meneruskan agar kereta itu tidak menghalang jalan raya.

“Sapa yang pernah lepak dengan dia tahu la budi bicara dia” – Netizen

Tinjauan ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa kagum dengan kesungguhan yang ditunjukkan oleh Radhi dalam membantu individu tersebut ketika dalam kesusahan, meskipun dengan keadaan yang panas dan berseorang diri.

image is not available

Baiknya hati Radhi semoga Allah membalas jasa baiknyaaa…

Sumber: Facebook, Gempak

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.