Seorang pemandu Grab bernama Sanjeevan mencuri perhatian netizen selepas sikap sabar dan tenangnya ketika meredah kesesakan jalan raya bersama seorang penumpang mendapat pujian di media sosial.
Menerusi perkongsian di Threads, penumpang dikenali sebagai Annelyn Roslen berkata perjalanan yang sepatutnya singkat menjadi lebih lama akibat kesesakan selepas mereka bergerak dari sebuah kawasan kilang.
Advertisement
Namun, apa yang membuatkannya kagum adalah Sanjeevan langsung tidak merungut walaupun terpaksa memandu dalam keadaan trafik sesak.
“Bayangkan dari pukul 6 petang dia memandu dan berdepan kesesakan dari kilang. Sampai pukul 6.46 petang saya masih belum tiba di rumah kerana jalan sesak. Dia langsung tak merungut atau membebel. Green flag sangat pemandu macam ini.”
Pernah Berdepan Pemandu Yang Merungut Kerana Jem
Menurut Annelyn, pengalaman tersebut berbeza dengan situasi yang pernah dilaluinya sebelum ini apabila terdapat pemandu yang merungut kerana terpaksa melalui kawasan sesak.
“Sebelum ini, saya pernah dapat pemandu yang membebel apabila jalan sesak. Katanya, kalau pergi ke kilang memang mahu disenarai hitam. Murahkanlah rezeki Encik Sanjeevan. Semoga lampu isyarat sentiasa hijau untuk encik.”
Malah, Annelyn turut mengajak pengguna lain yang mungkin menaiki kenderaan Sanjeevan selepas ini untuk memberikan tip serta penarafan lima bintang sebagai penghargaan terhadap layanan baiknya.
Perkongsian tersebut mendapat perhatian ramai dengan puluhan ribu tanda suka diberikan oleh pengguna Threads.
Sanjeevan Tampil Ucap Terima Kasih
Tidak lama kemudian, Sanjeevan sendiri tampil memberikan respons terhadap pujian yang diterimanya.

Dia mengucapkan terima kasih atas sokongan orang ramai dan menjelaskan bahawa dirinya hanya menjalankan tanggungjawab sebagai pemandu sebaik mungkin.
“Saya cuma menjalankan tanggungjawab saya sebaik mungkin walaupun jalan sesak. Terima kasih juga untuk lima bintang.”
Grab Malaysia turut memberikan respons terhadap kisah berkenaan dan menyifatkannya sebagai satu pengalaman yang menyentuh hati.
Menurut syarikat itu, sikap sabar dan baik seorang pemandu mampu membuatkan perjalanan penumpang menjadi lebih selesa walaupun ketika berdepan kesesakan lalu lintas.
Kisah Sanjeevan sekali gus mengingatkan bahawa layanan baik dan kesabaran dalam melakukan pekerjaan boleh memberi impak besar kepada orang lain, walaupun melalui perkara yang kelihatan kecil.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

(VIDEO) "Kedai Emas Genting Kena Rompak, Genting 'Lockdown' Buat Sementara Waktu" - Media Sosial
The post Sangkut 2 Jam Dalam Kesesakan Ketika Hantar Penumpang, Driver Grab Dipuji Kekal Tenang – “Green Flag Sangat Ni” first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


