Santai Di Tasik Sambil Menikmati Milktea, Ketahui Chagee Kafe Yang Terbesar Di Kuching

3 Oct 2022 • 7:58 AM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Cawangan kafe Chagee di Kuching ini merupakan cawangan yang terbesar di Malaysia!

Santai Di Tasik Sambil Menikmati Milktea, Ketahui Chagee Kafe Yang Terbesar Di Kuching. Tahukah anda bahawa di Taman Sahabat ini terdapat satu kafe khas buat penggemar teh. Di sana, anda boleh menikmati air kegemaran anda sambil melihat ratusan ikan di dalam tasik!

Kafe tersebut adalah Chagee, dan kafe di Taman Sahabat ini merupakan cawangan pertama Chagee di Sarawak! Dannn.. anda perlu tahu bahawa kafe ini adalah cawangan Chagee yang terbesar di Malaysia.

image is not available
Santai Di Tasik Sambil Menikmati Milktea, Ketahui Chagee Kafe Yang Terbesar Di Kuching. Sumber: FB CHAGEE MY 霸王茶姬 

Reka bentuk dalaman yang unik dan antik

Untuk pengetahuan anda Chagee telah berada di pasaran Malaysia sejak 2019 lagi dan antara menu signature mereka yang popular adalah Premium Brew Tea Series, Fresh Fruit Tea Series, dan Fresh Milk Tea Seriesimage is not available

Apa yang menariknya, kafe ini mempunyai hiasan reka bentuk dalaman dengan elemen Cina yang antik, manakala di luar, anda boleh menikmati pemandangan tasik yang luas.

Cawangan kedua di Kuching adalah di The Spring Mall

Antara menu yang direcommend buat penggemar teh adalah Flower Garden Dragon, Bulgarian Insulation, Watermelon, dan juga Liuhua Mushroom. Buat anda yang penggemar Milk Tea macam min pula, di Chagee ini semuanya enak! Memang rambang mata dibuatnyaimage is not available

Oh ya! Baru-baru ini juga, Chagee turut membuka cawangan keduanya di Kuching dan ianya bertapak di dalam The Spring Mall. Pada 24 September 2022 lalu, Chagee di The Spring telah mengadakan Grand Opening.

image is not available
Sumber: Facebook

Terdapat hadiah menarik telah diberikan buat para pelanggan yang membeli minuman Fresh Milk Tea dalam saiz BIG BIG CUP. Hadiah yang menarik yang diperoleh antaranya, lipstik dan minyak wangi berjenama seperti Dior dan juga YSL, Teh premium CHAGEE, merchandise dan baucar.

Siap-siap kita serbu Chagee di The Spring untuk Sabtu ni ya!image is not available

Lokasi: CHAGEE Taman Sahabat, Jalan Song, 93350, Kuching || CHAGEE KG11B, Ground Floor, The Spring Mall 304, Persiaran, 93300 Kuching
Waktu beroperasi: 10am – 10pm (Setiap hari)

Lagi kafe menarik untuk anda yang sedang cafe-hunting di Kuching! Baca pautan di bawah: