Santai Petang Dan Dialog Bersama Perdana Menteri Di Langkawi Esok

LocalPolitics
23 May 2023 • 9:48 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Sesi Santai Petang dan Dialog Bersama Perdana Menteri akan diadakan di Kolej Vokasional Langkawi pada 3.30 petang esok.

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengadakan satu sesi dialog bersama anak muda Kedah di Kolej Vokasional Langkawi pada 3.30 petang esok.

Sesi Santai Petang dan Dialog Bersama Perdana Menteri itu dianjurkan Kementerian Pendidikan (KPM).

 Anwar menerusi catatan di Facebook hari ini mengajak semua yang berkelapangan untuk menyertai sesi berkenaan.

“Insya-Allah esok saya akan mengadakan sesi dialog bersama anak-anak muda Kedah khususnya di Langkawi. Saya ingin mengajak semua yang berkelapangan untuk turut serta dalam sesi ini,” katanya. - Bernama