Santuni Anak Muda, Kehadiran UAI Ke Karnival RXZ Members 6.0 Buat Orang Ramai Terpegun

Entertainment
14 Sep 2024 • 1:36 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Peminat motosikal klasik pastinya tidak asing dengan Yamaha RXZ. Motosikal yang sangat ikonik itu sehingga kini masih menjadi kegilaan ramai. Walaupun telah dihentikan pembinaan pada tahun 2011, peminatnya masih ramai sehingga ke hari ini.

Terkini, Karnival RXZ Members 6.0 diadakan di Litar Permotoran Terengganu, Gong Badak, Kuala Nerus telah menarik penyertaan 80,000 peserta dari seluruh negara. Tidak melepaskan peluang untuk turut hadir, penceramah bebas, Ustaz Azhar Idrus (UAI).

Beliau juga sempat mencuba menunggang motosikal ketika karnival itu berlangsung. Korang boleh tengok video @aswadnason di bawah.

Santuni Anak Muda

Begitulah seorang ilmuan, santuni segenap lapisan masyarakat menerusi aktiviti yang mereka gemari. Tahniah UAI dan peminat Yamaha RXZ yang turut hadir.

image is not availableBetul, selagi tak salah dari sudut syarak, segala usaha kita untuk mendekatkan lebih ramai orang ke jalan Illahi dibolehkan.

image is not availableDari dulu lagi kita tahu UAI memang mudah menyantuni. Lagi-lagi dah tetamu datang ke negeri beliau kan. Seronok tengok ustaz yagn sporting mcm ni.

image is not availableAmiinn.. semoga semua yang sempat meluangkan masa bersama UAI dilimpahkan ilmu yang bermanfaat.

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.