Sapura Industrial, syarikat China bina kilang komponen bateri di Malaysia

LocalBusiness & Finance
21 May 2025 • 10:05 AM MYT
DagangNews.com
DagangNews.com

Berita bisnes anda

Sapura Industrial, syarikat China bina kilang komponen bateri di Malaysia

image is not available

21/05/2025 - 10:05

Gambar/Sapura Industrial Bhd Oleh Shamsiah Zulkafli

KUALA LUMPUR 21 Mei - Sapura Industrial Bhd memuktamadkan kerjasama dengan syarikat dari China, Zhejiang Zhongze Precision Technology Co Ltd, untuk membina kemudahan pembuatan komponen bateri di Malaysia.

Sapura Industrial berkata, kedua-dua pihak telah menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) untuk projek itu pada Mac lalu.

"Menurut perjanjian tersebut, sebuah syarikat usaha sama akan ditubuhkan di Malaysia dalam tempoh 30 hari.

"Anak syarikat milik penuh Sapura Industrial, SIB Ventures Sdn Bhd akan memegang 51% ekuiti, manakala Zhejiang Zhongze bakal memiliki baki 49%," katanya dalam satu kenyataan.

Menerusi kerjasama berkenaan, SIB Ventures akan membantu dalam hal korporat, lesen, peraturan dan pemilihan tapak, manakala Zhejiang Zhongze menyumbang kepakaran teknikal, latihan, serta bantuan pembekalan bahan dan peralatan.

Sapura Industrial berkata, usaha sama itu adalah langkah penting untuk mengembangkan operasi syarikat dalam bidang penyimpanan tenaga dan bateri, selaras dengan usaha untuk menghasilkan produk bagi pasaran eksport.

"Ia juga dijangka membuka peluang pasaran baharu dan mengukuhkan kedudukan kumpulan sebagai rakan pertumbuhan yang dipercayai di rantau ini," jelasnya. - DagangNews.com

standard