Sarah Hildebrand Sertai Tentera Udara AS

Entertainment
22 Jul 2022 • 4:43 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Gambar Instagram Sarah Hildebrand

Bekas pelakon Malaysia iaitu Sarah Hildebrand telah berkongsi beberapa keping foto terbarunya yang dilihat telah menjalani ujian untuk menyertai pasukan Tentera Udara Amerika Syarikat. 

Menerusi hantaran terbaru di Instagram, Sarah yang pernah popular dengan drama 'Pujaan Hati Kanda' ini telah menulis kapsyen ‘segalanya tidak mustahil’. 

image is not available
Tangkapan layar Instagram Sarah Hildebrand

Kelihatan ramai rakan selebriti yang mengucapkan tahniah  serta meluahkan rasa bangga dengan pencapaiannya menyertai pasukan Air Force itu.

Selepas mengucapkan selamat tinggal kepada dunia lakonan di Malaysia pada April lalu dan berhijrah ke Amerika Syarikat, Sarah giat menjalani latihan kecergasan di gimnasium dan sering berkongsi perkembangannya di Instagram. 

image is not available
Gambar Instagram Sarah Hildebrand

Sarah atau nama penuhnya Nur Sarah Marie Hildebrand Asyraf Hildebrand, 32, merupakan wanita berdarah kacukan Melayu, Amerika Syarikat dan Jerman. 

Getaran ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan setinggi tinggi tahniah kepada Sarah dan semoga berjaya. – Getaran, 22 Julai 2022