Sarat mengandung Amira Othman tetap ligat berniaga, mengaku bosan duduk rumah tak kerja. 'Mommies, share lah tips hujung-hujung...'

Family & ParentingLifestyle
7 Jun 2026 • 9:05 PM MYT
SinarPlus
SinarPlus

SinarPlus is a portal based on News, Current Affairs and Lifestyle content

Image from: Sarat mengandung Amira Othman tetap ligat berniaga, mengaku bosan duduk rumah tak kerja. 'Mommies, share lah tips hujung-hujung...'

BUKAN calang-calang semangat yang ada pada bakal ibu baru ini apabila langsung tidak memilih untuk duduk goyang kaki di rumah sementara menanti detik bersalin.

Walaupun fizikalnya kini sudah mula berasa cepat penat dan mengah di fasa akhir kehamilan, penyanyi Amira Othman tetap ligat menguruskan empayar perniagaannya demi mencari rezeki. Isteri kepada pelakon Fattah Amin ini membuktikan statusnya sebagai 'mak buyung' bukan alasan untuk bermalas-malas, malah dia kelihatan sangat bahagia dapat meluangkan masa mempromosikan jenama kosmetik sendiri.

"Kalau duduk rumah, lagi mak buyung bosan sebab tidak kerja," seloroh Amira menerusi satu hantaran santai di akaun media sosial miliknya.

Image from: Sarat mengandung Amira Othman tetap ligat berniaga, mengaku bosan duduk rumah tak kerja. 'Mommies, share lah tips hujung-hujung...'

Hantaran pada Ahad itu bagi menjelaskan penampilannya yang masih aktif menghadiri majlis dan membuat sesi siaran langsung (live).

Dalam perkongsian yang sama, dia sempat menzahirkan rasa syukur yang tidak terhingga atas sokongan luar biasa orang ramai terhadap produk maskara dan penggaris mata (eyeliner) terbaharu di bawah jenama emierabyamira.

Sambil sibuk berniaga, usahawan selebriti ini juga mengambil kesempatan untuk mendekatkan diri dengan para pengikutnya terutamanya golongan ibu.

Amira secara terbuka meminta pandangan dan tip berguna daripada mereka yang berpengalaman tentang persediaan serta cara untuk mempermudahkan proses melahirkan anak kelak.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata peminat dan netizen kagum dengan tenaga yang dimiliki oleh penyanyi ini.

Ruang interaksi tersebut dipenuhi dengan kiriman doa yang tidak putus-putus agar urusan bersalin Amira dipermudahkan dan dia diberikan kesihatan yang baik bersama bayi yang bakal lahir nanti.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata peminat dan netizen bukan sahaja kagum dengan tenaga yang dimiliki oleh Amira, malah mereka turut berkongsi pelbagai petua bermanfaat buat bakal ibu ini. Seorang pengikutnya menyarankan agar Amira memperbanyakkan sujud ketika solat. "Masa dihujung kehamilan, saya biasa sujud lama sikit dari kebiasaan nya. Kata nya bagus utk baby sentiasa berada diposisi sepatutnya. Apa pun, saya doakan urusan Amira dipermudahkan. InshaAllah doa nabi yunus jangan putus ya," kongsi peminat tersebut.

Image from: Sarat mengandung Amira Othman tetap ligat berniaga, mengaku bosan duduk rumah tak kerja. 'Mommies, share lah tips hujung-hujung...'

Tidak kurang juga yang berkongsi amalan rohani dan pemakanan untuk memudahkan proses bersalin nanti. "Selawat nabi tujuh kali, tiup dalam segelas air dan minum setiap kali lepas solat. Niatkan dalam hati supaya dipermudahkan urusan bersalin nanti. Ni je amalan saya setiap kali mengandung. Alhamdulillah anak sulung, kedua dan ketiga semuanya sampai saja PAC (Pusat Penilaian Kehamilan) kurang dari sejam sakit dah keluar," tulis seorang ibu berkongsi pengalaman. Selain itu, ada juga peminat yang sempat meninggalkan pesanan mesra dengan menulis, "@amiraaothman amalkan minum minyak kelapa dara InshaAllah mudahkan bersalin dengan izin Allah. Semoga dipermudahkan segalanya tau."

Di samping limpahan tip berguna, ruang interaksi tersebut juga dipenuhi dengan kiriman doa yang sarat dengan rasa teruja menantikan kelahiran si kecil. "Kami pun tak sabar nak tunggu baby ni, moga dipermudahkan urusan Nadia Amira Othman di hujung-hujung ni. Enjoy moment baby dalam perut okey. Moga selamat semuanya," titip seorang netizen, manakala seorang lagi peminat setianya turut memuji penampilan Amira dengan komen, "MasyaAllah cantiknya kesayangan saya ni. Semoga dipermudah urusan Mira & family. Love dooh.

Image from: Sarat mengandung Amira Othman tetap ligat berniaga, mengaku bosan duduk rumah tak kerja. 'Mommies, share lah tips hujung-hujung...'

Mengimbas semula detik gembira, Amira sebelum ini mengejutkan peminat apabila mengumumkan usia kandungan sulungnya sudah pun mencecah 30 minggu pada 30 April lalu. Pasangan selebriti popular ini telah selamat mendirikan rumah tangga pada 14 September tahun lalu di Sepang, Selangor.