‘Nak tidur susah, baring tak kena’ - Amira Othman kongsi realiti hamil 34 minggu, dedah rutin Fattah belikan air kelapa

Family & ParentingLifestyle
4 Jun 2026 • 7:38 AM MYT
SinarPlus
SinarPlus

SinarPlus is a portal based on News, Current Affairs and Lifestyle content

Image from: ‘Nak tidur susah, baring tak kena’ - Amira Othman kongsi realiti hamil 34 minggu, dedah rutin Fattah belikan air kelapa

PENYANYI dan pelakon Amira Othman berkongsi perkembangan kehamilannya yang kini sudah memasuki minggu ke-34.

Dalam siaran langsung Rissa Skin, isteri kepada pelakon dan usahawan, Fattah Amin itu mengakui sedang melalui pelbagai perubahan fizikal menjelang kelahiran cahaya mata sulung mereka.

"Nak tidur susah. Duduk tak kena, bangun tak kena, baring tak kena.

"Sekarang saya fahamlah kenapa syurga di bawah telapak kaki ibu. Bukan senang ye journeynya.

"Tapi lain orang lainlah pengalaman dia, kan. Kita harap yang baik-baik. Dipermudahkanlah semuanya. Insya-ALLAH," kongsinya.

Image from: ‘Nak tidur susah, baring tak kena’ - Amira Othman kongsi realiti hamil 34 minggu, dedah rutin Fattah belikan air kelapa

Ditanya mengenai rutin meminum air kelapa seperti kebanyakan ibu pada penghujung kehamilan, pemilik nama Nadia Amira binti Othman, 33, itu turut berkongsi bahawa Fattah tidak pernah culas membelikan air kelapa untuknya setiap hari.

"Suami saya memang hari-hari belikan air kelapa. Nasib baik saya pun memang suka minum air kelapa.

"Saya juga akan consult dengan doktor. Lagipun, lain orang, lain jenis pregnancy, kan. 

"Jadi, yang terbaik, lepas kita dapat tip-tip tu, kita consultlah dengan doktor. Insya-ALLAH. Doktor lebih tahu," kongsinya.

Image from: ‘Nak tidur susah, baring tak kena’ - Amira Othman kongsi realiti hamil 34 minggu, dedah rutin Fattah belikan air kelapa

Dalam pada itu, sehingga kini, jantina si kecil dalam kandungan masih  belum diketahui.

Pelantun Rasa & Takdir dan Dalam Sujudku itu terdahulu mengumumkan kehamilannya pada 30 April lalu ketika kehamilan mencecah 30 minggu.

Amira dan Fattah yang diijab kabul pada 14 September 2025 dijangka bakal menimang cahaya mata sulung mereka pada penghujung bulan ini atau awal Julai depan.

Sumber: Facebook

Image from: ‘Nak tidur susah, baring tak kena’ - Amira Othman kongsi realiti hamil 34 minggu, dedah rutin Fattah belikan air kelapa