Sarawak Ada ‘White House’ Sendiri, Ini Sebab Mengapa Bangunan Baru Ini Dibina

16 Feb 2025 • 9:45 AM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Bangunan pejabat Premier Sarawak yang baharu ini dibina atas faktor keselamatan

Sarawak Ada ‘White House’ Sendiri, Ini Sebab Mengapa Bangunan Baru Ini Dibina. Dilaporkan, Sarawak kini bakal memiliki bangunan pejabat baharu untuk Premier Sarawak, yang diberi julukan “White House” Sarawak. Tapi jangan salah faham kerana ia bukannya nak tiru Amerika, tapi lebih kepada faktor keselamatan!

Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg, menjelaskan bahawa bangunan baharu ini diperlukan kerana Wisma Bapa Malaysia terlalu mudah diakses oleh orang ramai, sekaligus menimbulkan risiko keselamatan yang besar memandangkan banyak rahsia kerajaan disimpan di sana.

image is not available
Sarawak Ada ‘White House’ Sendiri, Ini Sebab Mengapa Bangunan Baru Ini Dibina. Sumber gambar: DayakDaily

“‘White House’ Sarawak hanyalah pejabat baharu untuk keselamatan. Wisma Bapa Malaysia boleh diakses dengan mudah, jadi kita perlukan lokasi yang lebih selamat dan aman,” katanya dalam sidang media selepas Perhimpunan Agung PBB Ke-16 di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) pada Sabtu.

image is not available
Sumber gambar: Suara Sarawak

‘White House’ cuma nama gelaran belum ada nama rasmi lagi

Buat masa ini, bangunan masih dalam pembinaan, jadi nama rasmi belum diumumkan lagi. Malah, tarikh pembukaan dan pengoperasiannya juga masih belum diputuskan.

Tapi yang pasti, langkah ini diambil bagi memastikan segala urusan kerajaan dapat dilakukan dengan lebih selamat dan terkawal. Jadi, adakah bangunan ini bakal menjadi simbol baharu pentadbiran Sarawak? Kita tunggu dan lihat!

Lagi berita terkini untuk anda di sini: