Sarawak Bakal Keluarkan Produk ‘Corned Beef’ Dalam Tin Dibawah Jenama Sarabif

18 Jun 2023 • 8:25 AM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Berita baik untuk penggemar corned beef!

Sarawak Bakal Keluarkan Produk ‘Corned Beef’ Dalam Tin Dibawah Jenama Sarabif. Sarawak siap untuk menghasilkan sendiri daging corned beef di bawah jenama Sarabif, demikian disampaikan oleh Timbalan Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Kemajuan Wilayah Sarawak, Martin Ben.

Pengeluaran produk ini akan dilaksanakan melalui PPES Ternak Sdn Bhd.

image is not available
Sarawak Bakal Keluarkan Produk ‘Corned Beef’ Dalam Tin Dibawah Jenama Sarabif. Kredit: Facebook

Beliau menyatakan bahawa ini sejajar dengan kegiatan hiliran PPES Ternak dan akan melancarkan produk daging corned beef dalam tin pertamanya setelah kilangnya di sebelah Kompleks Sembelih Halal Siburan siap pada bulan Ogos ini.

Jenama ini diyakini halal dan bersih!

PPES Ternak memiliki rumah penyembelihan yang dapat menyembelih hingga 100 ekor lembu setiap hari, kerana mereka mempunyai tempat fidlot yang dapat menampung 800 hingga 1,000 ekor lembu.

image is not available

Pada ‘Hari Lelongan Lembu’ yang diadakan di Kompleks Sembelih Halal Siburan yang dianjurkan oleh PPES Ternak, Ben menyatakan bahawa aktiviti ini sejajar dengan aspirasi kementeriannya untuk memajukan industri ternakan di Sarawak dan memuji PPES Ternak sebagai peneraju industri lembu di negeri ini.

image is not available

Artino Arshad, pengurus besar PPES Ternak, menyatakan bahawa syarikat mereka juga telah mendapatkan pensijilan Analisis Bahaya dan Titik Kawalan Kritikal (HACCP) untuk memastikan vendor mematuhi piawaian keselamatan makanan.

Baca lagi artikel menarik: