Sarawak di landasan tepat jadi negeri pendapatan tinggi, kata Abang Jo

7 Jul 2023 • 5:29 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

PETALING JAYA: Sarawak berada pada landasan betul menjadi negeri berpendapatan tinggi, kata Premier Sarawak Abang Johari Openg.

Beliau berkata, pendapatan Sarawak yang menunjukkan peningkatan pada 2022, selain pendapatan negara kasar (PNK) sudah melebihi daripada garisan Bank Dunia antara faktor mengapa ia dilihat sebagai negeri berpendapatan tinggi.

“Kita di landasan yang betul dan pada tahun 2022 memang pendapatan kita telah bertambah.

“Apabila kita sebut perkara pendapatan negara kasar (PNK) maknanya pendapatan kita telah melebihi daripada garisan Bank Dunia, sebab itu mereka berpendapat bahawa Sarawak sekarang negeri yang berpendapatan tinggi,” katanya kepada pemberita di Miri.

SPONSORED CONTENT Shell’s Access to Energy helps power lives of isolated communities in Sabah Kota Kinabalu: In 2017, Sabah Shell Petroleum Co Ltd (SSPC) launched Access to Energy (A2E), a Shell Social Investment programme aimed at providing affordable and continuous supply of electricity from renewable sources for communities who live without connection to the electricity grid. Read more Semalam, ahli ekonomi Bank Dunia, Apurva Sanghi berkata, Sarawak kini sebuah “negeri berpendapatan tinggi”.

Dalam ciapannya di Twitter, Apurva berkata, pendapatan negara kasar (PNK) Sarawak telah melebihi ambang pendapatan tinggi USD13,205 (RM61,500).

Beliau berkata, ini berdasarkan penukaran data Bank Dunia yang diperoleh daripada Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).

Tambah Abang Johari, kerajaan negeri akan membangunkan sektor ekonomi lain serta penambahbaikan infrastruktur yang dilihat mampu memberi manfaat kepada rakyat negeri itu meningkatkan pendapatan isi rumah.

Bagaimanapun, katanya, penambahan sektor ekonomi dan naik taraf infrastruktur tidak bermakna jika rakyat sendiri tidak mencari peluang untuk mengembangkan bakat dan pendapatan mereka.

“Apabila siap infrastruktur rakyat dapat guna bakat untuk mengangkatkan lagi pendapatan mengikut kemampuan mereka, tetapi kalau yang ‘malas’ memanglah tak dapatlah mengubah keadaan.

“Tetapi, yang rajin dan ada bakat kita tekankan kepada tiga perkara, iaitu pembangunan bakat, infra asas, teknologi kalau kita sudah ada asas yang kuat, 2030 harapnya pendapatan dan keadaan masyarakat akan meningkat naik,” katanya.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.