Sarawak mahu terus maju, makmur dalam Malaysia - Abang Johari

LocalPolitics
16 Sep 2026 • 10:48 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Sarawak mahu terus maju, makmur dalam Malaysia - Abang Johari
Abang Johari menyampaikan ucapan pada Sambutan Hari Malaysia Peringkat Kebangsaan Tahun 2026 di Pusat Konvensyen Borneo Kuching pada Rabu. Foto Bernama

KUCHING - Kerajaan negeri Sarawak mempunyai perancangan jelas untuk memastikan negeri itu terus maju dan makmur dalam gagasan Malaysia yang progresif dan stabil, dengan pembangunan ekonomi negeri itu turut menjadi pemangkin kepada kekuatan negara.

Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, perancangan berkenaan merangkumi usaha memperkukuh sektor ekonomi, tenaga, industri dan teknologi, selain memperluas pembangunan serantau.

"Hal ini bagi memastikan Sarawak terus memainkan peranan penting dalam pertumbuhan ekonomi negara.

"Kerajaan negeri juga mahu kemajuan yang dicapai ini bukan sahaja memberi manfaat kepada rakyat Sarawak, malah menyumbang kepada pembangunan dan kemakmuran Malaysia secara keseluruhannya,” katanya ketika berucap pada Sambutan Hari Malaysia 2026 peringkat kebangsaan di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) di sini malam Rabu.

Beliau berkata, kerajaan Sarawak turut menyambut baik komitmen kerajaan Persekutuan untuk memperkasakan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) termasuk persetujuan menetapkan perwakilan Parlimen Sarawak dan Sabah tidak kurang daripada satu pertiga, menentukan formula perkongsian hasil dengan Sarawak serta memperkukuh kerjasama dalam sektor pelancongan.

"Langkah ini akan membuka ruang untuk kolaborasi yang lebih kukuh antara kerajaan Pusat dan kerajaan negeri Sarawak. 

"Saya amat berharap komitmen seperti ini akan membawa kepada kefahaman bahawa pengiktirafan hak-hak dan keistimewaan Sabah dan Sarawak adalah sebahagian daripada agenda nasional,” katanya. - Bernama

 

 

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved