Sarawak Sedia Pendidikan Universiti Percuma Bagi 25,000 Calon Pelajar

18 Dec 2023 • 5:07 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Sarawak galak peluang pendidikan anak tempatan secara percuma bermula tahun 2026

Sarawak Sedia Pendidikan Universiti Percuma Bagi 25,000 Calon Pelajar. Sarawak akan menyediakan pendidikan percuma kepada lebih 25,000 calon pelajar di semua universiti dan institusi pengajian tinggi, bermula pada tahun 2026.

Ketua Menteri Sarawak Abang Johari Openg berkata kerajaan negeri sedang melakukan ini disebabkan kepentingan pembangunan modal insan.

image is not available
Sarawak Sedia Pendidikan Universiti Percuma Bagi 25,000 Calon Pelajar. Sumber foto: borneopost

Kerajaan negeri bantu pelajar kurang mampu

Beliau berkata Sarawak, di bawah kepimpinannya, komited untuk menyokong atau membantu ibu bapa dan pelajar yang kurang bernasib baik.

“Pendekatan progresif ini menggariskan dedikasi kerajaan untuk menggalakkan peluang pendidikan dan memupuk aspirasi generasi akan datang,” katanya.

Peranan penting tingkatkan ekonomi Sarawak

Beliau juga menyatakan bahawa pendidikan dan pembangunan modal insan memainkan peranan penting untuk meningkatkan kecekapan tenaga kerja, memudahkan pergerakan ekonomi ke atas rantaian nilai.

Menurut sumber, beliau berkata demikian dalam ucapannya pada majlis konvokesyen kelapan Universiti Teknologi Sarawak (UTS).

Baca juga artikel yang berkaitan:

https://www.iloveborneo.my/bagi-pelajar-b40-program-pembangunan-siswa-sulung-berikan-pendidikan-percuma-di-universiti-awam/

https://www.iloveborneo.my/abang-jo-jangka-sedia-pendidikan-universiti-percuma-buat-anak-sarawak-menjelang-2026/