
PETALING JAYA: Sebanyak 10 lokasi di Selangor dan Sarawak mencatatkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat, pagi ini.
Berdasarkan kemas kini Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara (APIMS), sembilan daripada lokasi itu terletak di Sarawak dengan bacaan IPU terburuk ketika ini adalah di Stesen Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Serian iaitu pada kadar 179.
Selain itu, lapan lagi stesen yang menunjukkan bacaan tidak sihat di Sarawak adalah membabitkan Samarahan iaitu 161, Kuching (161), Sibu (158), Mukah (156), Sarikei (155), Sri Aman (155), Bintulu (142) dan Samalaju (141).
Di Semenanjung pula, Stesen Johan Setia, Selangor satu-satunya yang menunjukkan bacaan IPU pada tahap tidak sihat iaitu 153, setakat pagi ini.
Bacaan IPU sihat ditetapkan pada kadar 0 ke 50, sederhana (51 – 100), tidak sihat (101 – 200), sangat tidak sihat (201 – 300) dan bahaya (melebihi 300). – UTUSAN
The post Sarawak, Selangor catat IPU tidak sihat appeared first on Utusan Malaysia.






