Sarawak Tuntut Enam Telaga Minyak Baharu Dari Petronas

21 Aug 2023 • 4:30 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Sarawak ada hak tuntut telaga tersebut?

Sarawak Tuntut Enam Telaga Minyak Baharu Dari Petronas. Sarawak menuntut enam telaga minyak dan gas yang ditemui Petroliam Nasional Bhd (PETRONAS) di perairan wilayah negeri itu.

Timbalan Premier Sarawak, Datuk Seri Dr Sim Kui Hian, berkata negeri itu mempunyai hak terhadap telaga minyak terbabit mengikut Ordinan Perlombongan Minyak (OMO) 1958.

image is not available
Sarawak Tuntut Enam Telaga Minyak Baharu Dari Petronas. Kredit: Google

Beliau berkata, Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Abang Openg akan mengadakan pertemuan dengan PETRONAS dalam tempoh terdekat bagi membincangkan tuntutan itu.

“Telaga minyak dan sumber asli lain ditemui di wilayah Sarawak, jadi ia adalah milik Sarawak.

“Kerajaan Sarawak yakin sumber minyak dan gas yang berada dalam lingkungan 200 batu nautika dalam perairan Sarawak adalah milik negeri ini,” katanya.

image is not available

Beliau dipetik laporan sebuah akhbar tempatan Sarawak berkata demikian ketika menghadiri majlis makan tengah hari untuk Duta China ke Malaysia, Ouyang Yujing.

Pada 24 Julai lalu, PETRONAS Carigali Sdn Bhd, anak syarikat milik penuh PETRONAS mengumumkan penemuan enam telaga minyak dan gas di lima blok di luar pantai Sarawak.

image is not available

Penemuan itu membabitkan telaga Gedombak di Blok SK306 dan Mirdanga di Blok SK411 (di wilayah Balingian), Sinsing di Blok SK313, telaga Machinchang dan Pangkin di Blok SK301B, dan telaga Kalung Emas di Blok SK315 (di wilayah West Luconia).

Dr Sim berkata, PETRONAS yang memperoleh pendapatan AS$88.3 bilion tahun lalu berjaya mengaut keuntungan sebanyak AS$22.5 bilion selepas membayar cukai kepada Sarawak.

Baca lagi artikel menarik: