Sarimah Ibrahim dakwa filem Konspirasi henti ditayangkan – “Apa sudah berlaku?”

EntertainmentMovie
29 May 2026 • 1:35 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Pelakon dan pengacara popular Che Puan Sarimah Ibrahim mendakwa tayangan filem Konspirasi arahan Ghaz Abu Bakar telah dihentikan serta-merta di semua pawagam seluruh negara, sekali gus menimbulkan tanda tanya dalam kalangan penonton serta penggiat industri filem tempatan.

Filem tak diberi peluang

Image from: Sarimah Ibrahim dakwa filem Konspirasi henti ditayangkan – “Apa sudah berlaku?”

Menerusi perkongsian di Threads, Sarimah meluahkan rasa terkejut apabila menerima maklumat bahawa tayangan filem tersebut telah dihentikan tanpa sebarang sebab yang jelas.

Image from: Sarimah Ibrahim dakwa filem Konspirasi henti ditayangkan – “Apa sudah berlaku?”

“Saya dapat berita yang mengejutkan. Filem Konspirasi terpaksa dihentikan tayangan di semua panggung wayang serta merta. Malaysia, apa sudah berlaku?
“Sejujurnya, ini kali kedua saya menghadapi situasi sangat pelik pasal filem. Nak cerita semua karang terlebih. Mungin nanti,” ciapannya, hari ini.

Dalam pada itu, Sarimah turut mempersoalkan bagaimana filem tersebut masih boleh ditayangkan di Singapura, namun tidak di negara sendiri yang terpaksa melalui situasi yang berbeza.

Image from: Sarimah Ibrahim dakwa filem Konspirasi henti ditayangkan – “Apa sudah berlaku?”

“Tapi, di Singapura, konspirasi masih terus ditayangkan. Orang Johor Bharu kena ke seberang untuk menonton.
“Mungkin di luar boleh menerima cerita berat. Cerita kita Malaysia,” jelasnya.

Image from: Sarimah Ibrahim dakwa filem Konspirasi henti ditayangkan – “Apa sudah berlaku?”

Bukan itu sahaja, Sarimah turut mendakwa poster filem berkenaan telah diturunkan di sesetengah pawagam pada hari kedua tayangan, selain ruang promosi digantikan dengan filem lain malah tempoh tayangan di beberapa lokasi menjadi lebih singkat daripada yang dijadualkan.

Image from: Sarimah Ibrahim dakwa filem Konspirasi henti ditayangkan – “Apa sudah berlaku?”

“Diberitahu minggu lepas, hari kedua dah ada poster Konspirasi diturunkan dan tak dibenarkan up kat pawagam. Tapi filem lokal lain yang diletak.
“Timing untuk tayangan kat panggung semua terus less than half pada hari Ketiga! Belum pun bagi peluang macam mana sesuatu filem nak cuba berjaya kalau tak diberi ruang atau peluang pun?” tambahnya lagi.

Artikel lain: Walaupun isteri kerabat diraja, Sarimah Ibrahim sudah terbiasa bekerja

Untuk info, Filem arahan Ghaz Abu Bakar itu diterbitkan Elepfilm Entertainment dan Asia Tropical Films.

Konspirasi mengangkat kisah anggota penguat kuasa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berdepan misi berisiko tinggi dalam membanteras jaringan rasuah dan kebocoran maklumat sulit.

Sementara itu, media masih berusaha mendapatkan pengesahan daripada penerbit, pengarah, Lembaga Penapis Filem (LPF), Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) dan pihak berkepentingan lain mengenai penarikan tayangan filem Konspirasi.

Sumber: Threads sarimahibrahim