Sasar dua emas kemampuan sepak takraw diuji

12 Sep 2026 • 9:00 AM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Sasar dua emas kemampuan sepak takraw diuji

PETALING JAYA: Sasaran dua pingat emas yang diletakkan pada skuad sepak takraw negara pada Sukan Asia Aichi-Nagoya 2026 bukan tugas mudah, malah memberi tekanan tambahan kepada skuad negara menjelang temasya pada 19 September ini.

Ketua Jurulatihnya, Ahmad Jais Baharun berkata, sasaran itu jauh lebih tinggi daripada sasaran asal pasukan yang hanya memburu sekurang-kurangnya satu pingat emas.

Katanya, cabaran dua emas yang disuarakan Ketua Kontinjen (CDM), Datuk Mohd Sumali Reduan, perlu disambut pemain, namun beliau enggan menjadikan tekanan berlebihan menjejaskan fokus mereka di gelanggang.

“Secara jujur, ada tekanan kepada pasukan sepak takraw negara sebab apabila tumpuan dan liputan meluas diberikan kepada sukan ini, ia memberikan satu cabaran besar kepada kami untuk cuba mendapatkan pingat emas.

“Secara peribadi, apa yang kita sasarkan adalah satu pingat emas tetapi apabila Datuk CDM sendiri melaungkan cabaran untuk pasukan negara mencapai dua pingat emas, ia merupakan satu cabaran yang besar,” katanya.

Bagaimanapun, Ahmad Jais menegaskan sasaran minimum skuad negara kekal satu emas, manakala emas kedua dianggap sebagai bonus sekiranya anak buahnya mampu mempamerkan prestasi terbaik.

“Kita sedia sahut cabaran, tetapi kita tidak mahu memberikan tekanan tinggi kepada pemain. Yang paling penting adalah prestasi kerana tanpa prestasi yang baik, sukar untuk mana-mana pasukan mencapai kejayaan.

“Kalau kita dapat sekurang-kurangnya satu pingat emas, itu sasaran pasukan negara. Mudah-mudahan kita dapat dua pingat emas, itu adalah bonus,” katanya.

Dalam masa sama, Jais mengakui persiapan skuad negara semakin menunjukkan peningkatan biarpun prestasi keseluruhan masih belum mencapai tahap yang diharapkan menjelang aksi sebenar.

Mengakui Thailand bakal turun dengan barisan terkuat selepas kegagalan mereka di Sukan SEA, Jais tetap percaya Malaysia mampu mencipta kejutan, malah mahu skuad negara memecahkan rekod pencapaian sendiri di Sukan Asia. – UTUSAN

The post Sasar dua emas kemampuan sepak takraw diuji appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved