Sasterawan Negara A Samad Said meninggal dunia pada usia 91 tahun

LocalEntertainment
24 Nov 2026 • 7:20 PM MYT
SinarPlus
SinarPlus

SinarPlus is a portal based on News, Current Affairs and Lifestyle content

Image from: Sasterawan Negara A Samad Said meninggal dunia pada usia 91 tahun

SASTERAWAN Negara, Datuk Seri A Samad Said meninggal dunia jam 6.10 petang pada Selasa.

Berita duka itu disahkan oleh anak keduanya, Helmy Abdul Samad menerusi perkongsian di Threads.

"6.10. Innalillahi wainnailaihi rojiun," titipnya.

A Samad Said sebelum ini menerima rawatan di Hospital Kuala Lumpur (HKL) selepas dimasukkan ke wad petang semalam akibat sakit tua selain menghidap diabetes dan jangkitan paru-paru.

Allahyarham A Samad atau nama penuhnya Abdul Samad Muhammad Said dilahirkan pada 9 April 1935 di Kampung Belimbing Dalam, Durian Tunggal, Melaka. Beliau menerima pendidikan awal di Sekolah Melayu Kota Raja, Singapura dari tahun 1940-1946. Beliau kemudian telah melanjutkan pelajarannya di Victoria Institution sehingga memperolehi sijil Senior Cambridge pada tahun 1956.

Image from: Sasterawan Negara A Samad Said meninggal dunia pada usia 91 tahun

Pengalaman kerjayanya bermula sebagai kerani. Kemudian beliau menjadi wartawan di akhbar Fikiran Rakyat, Utusan Melayu dan Barita Harian. Jawatan terakhir beliau ialah sebagai ketua pengembangan sastera dalam kumpulan Akhbar The New Strait Times. 

Sepanjang karier penulisan, Allahyarham telah mendapat pelbagai pengiktirafan termasuk Anugerah Pejuang Satera (1976), SEA Write Award (1979), Anugerah Sastera Negara (1985) dan Anugerah Sasterawan Nusantara (1999).

Antara anugerah lain yang diterima ialah Anugerah Ijazah Kehormat Doktor Pendidikan Kesusasteraan UPSI pada tahun 2003. 

A Samad memiliki keistimewaan yang jarang dimiliki oleh semua penulis kerana menguasai semua genre sastera. 

Antara karya besar Allahyarham ialah Salina, Sungai Mengalir Lesu, Di Hadapan Pulau, Langit Petang, Hujan Pagi, Lantai T Pinkie, Benih Semalu, Benih Harapan, Warkah Eropah, Al-Amin, Rindu Ibu dan lain-lain lagi. 

Novel Salina telah diterjemahkan ke dalam lain-lain bahasa seperti bahasa Inggeris dan bahasa Perancis. Beberapa karyanya telah diadaptasi menjadi teater atau drama pentas seperti Salina, Sungai Mengalir Lesu, Lantai T Pinkie dan Memori di Hadapan Pulau.

Sumber: Astro Awani, Perpustakaan Negara

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved