"Satu-satunya Rumah Yang Saya Kenali," KJ Zahir Rasa Syukur Diberi Peluang Kembali Ke UMNO

LocalPolitics
16 Mar 2026 • 2:42 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

"Satu-satunya Rumah Yang Saya Kenali," KJ Zahir Rasa Syukur Diberi Peluang Kembali Ke UMNO

Bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin menzahirkan rasa kesyukuran kerana berpeluang kembali meneruskan khidmat dalam perjuangan demi agama, bangsa dan negara.

Menerusi hantaran Khairy Jamaluddin di Facebook, beliau turut merakamkan penghargaan kepada Presiden United Malays National Organisation (UMNO), Ahmad Zahid Hamidi, yang menerima kunjungannya atas semangat 'Rumah Bangsa' pada bulan Ramadan.

"Terima kasih kepada Presiden UMNO, YAB Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi yang telah menerima kunjungan saya atas semangat Rumah Bangsa di bulan Ramadan yang mulia ini

"Dengan jiwa besar Presiden, beliau telah menerima saya kembali ke rumah lama saya, satu-satunya rumah yang saya kenali

"Saya menghargai keterbukaan dan kebesaran hati beliau dalam membuka ruang untuk kita melangkah ke hadapan demi memperkukuh perjuangan parti

"Atas semangat Rumah Bangsa, saya telah secara rasminya memohon agar pemecatan keahlian saya dari UMNO dibatalkan dan nombor keahlian asal saya diaktifkan semula

"Saya harap Presiden UMNO, Majlis Tertinggi UMNO dan Jawatankuasa Rumah Bangsa dapat mempertimbangkan hasrat saya dengan sewajarnya," ujar hantaran itu.

Berharap diberi peluang untuk berkhidmat sebagai ahli biasa

Dalam pada itu, KJ menegaskan bahawa ketika politik tanah air berdepan ketidaktentuan, adalah penting untuk memperkukuh bahtera perjuangan bangsa iaitu United Malays National Organisation (UMNO).

Organisasi ini ditubuhkan bagi menyatukan orang Melayu serta membangunkan negara untuk seluruh rakyat Malaysia.

Beliau berkata, permohonannya untuk kembali bersama parti itu tidak disertai sebarang syarat, kepentingan peribadi atau permintaan tertentu, sebaliknya hanya berharap diberi peluang untuk berkhidmat sebagai ahli biasa.

Menurutnya, beliau bersedia membantu memperkukuh parti dalam apa jua keadaan, termasuk membaiki kelemahan yang ada agar perjuangan parti terus kukuh.

"Yang penting, bahtera bangsa ini terus berlayar meredah ombak dan badai zaman, membawa bersama harapan besar: penyatuan sebuah bangsa yang bersatu, teguh dan bermaruah," kata KJ lagi.

Artikel berkaitan: