“Satu simbol keberanian” – Parut Di Dada Azizulhasni Awang Tanda Beliau Tabah, Tidak Pernah Mengalah

11 Aug 2024 • 4:06 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Mungkin tidak ada siapa tahu parut di dada jaguh berbasikal negara, Datuk Mohamad Azizulhasni Awang sebenarnya merupakan bekas pembedahan yang disebabkan oleh penyakit jantung jarang jumpa, juga dikenali sebagai anomalous aortic origin of right coronary artery (AAORCA).

Menurut Public Health Malaysia (PHM), Pemenang pingat gangsa dan perak Olimpik Rio 2016 dan Tokyo 2020 tu telah melakukan pembedahan pada tahun 2022 untuk memperbetulkan masalah tersebut.

image is not available
Gambar yang dikongsikan azizul selepas menjalani pembedahan bagi merawat penyakit jantung, juga dikenali sebagai anomalous aortic origin of right coronary artery (aaorca).

Jelas PHM, penyakit tersebut adalah satu keadaan yang serius dan berupaya menghentikan detik-detik jantung Azizul, terutamanya semasa beliau menyertai aktiviti fizikal yang intensif seperti perlumbaan basikal.

“Mungkin tiada kalungan emas di leher Azizul di Olimpik, tetapi ada sesuatu yang lebih mendalam dan abadi terpahat di dadanya—sebuah simbol keberanian yang akan menjadi saksi sepanjang hayatnya.

“Parut ini bukan sekadar tanda fizikal; ia adalah lambang kepada kesakitan, ketabahan, dan dedikasi luar biasa yang Azizulhasni telah tunjukkan sepanjang kariernya,” jelas PHM.

Bagi mengejar careernya, Azizul mengambil keputusan untuk melakukan pembedahan secepat mungkin bagi mengelakkan penyakit tersebut menjadi semakin parah.

“Alhamdulillah, pembedahan itu berjaya, dan Azizulhasni tidak pernah berpaling ke belakang. Beliau pulih, bangkit, dan kembali ke sukan yang menjadi cinta sejatinya

“TIADA siapa, dengan sejarah perubatan yang serius dan parut pembedahan di dada, yang akan sanggup berjuang kembali di velodrome. Tetapi Azizul berani melakukannya.

“Parut ini mengingatkan kita bahawa perjalanan menuju kejayaan penuh dengan duri dan ranjau. Kadang-kadang, meskipun kita telah memberikan segala-galanya, kejayaan masih sukar dicapai kerana faktor-faktor luar yang di luar kawalan, seperti yang berlaku baru-baru ini,” kata PHM.

image is not available
Datuk mohamad azizulhasni awang

Dalam pada itu, PHM turut menyeru orang ramai agar bersatu teguh sebagai rakyat Malaysia agar terus berdiri di belakang Azizul walaupun beliau gagal membawa pulang sebarang pingat dalam acara Keirin kali ini.

Sebelum ini, tindakan Azizul yang memotong pacer sekaligus menyaksikan penyertaannya dibatalkan dalam heat pertama di Sukan Olimpik Paris.

“Azizulhasni telah memberikan yang terbaik untuk negara kita, dan walaupun emas tidak menjadi miliknya, parut di dadanya telah memberi inspirasi kepada jutaan rakyat Malaysia,” katanya.

Sumber: PHM

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.