Sawit Kinabalu sumbang RM1 juta kepada Yayasan Kebajikan Sabah

24 Apr 2025 • 4:09 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

By: Sabah Publishing House Sdn Bhd

Kota Kinabalu: Kumpulan Sawit Kinabalu menyumbang RM1 juta kepada Yayasan Kebajikan Sabah (YKS) semasa Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri di Shangri-La Tanjung Aru Resort, di sini, Selasa.

Penyampaian sumbangan oleh Pengarah Urusan/Ketua Eksekutif Kumpulan Sawit Kinabalu Datuk Victor Ationg kepada Pengarah YKS Datuk Diyanah Abdullah disaksikan oleh Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor, yang juga pengerusi Kumpulan Sawit Kinabalu.

Turut hadir adalah Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat Datuk James Ratib serta ahli lembaga pengarah Kumpulan Sawit Kinabalu.