‘Saya akan berpenampilan lelaki’, Sajat berhasrat tunai umrah tahun depan

LocalEntertainment
30 May 2025 • 2:56 PM MYT
The Reporter
The Reporter

Malay site offers reporting updates and viral community news from Malaysia

Personaliti media sosial dan usahawan, Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman menyatakan hasratnya untuk menunaikan ibadah umrah pada tahun hadapan.

Muhammad Sajjad, atau lebih dikenali sebagai Sajat, memaklumkan bahawa beliau akan berpenampilan sebagai lelaki ketika berada di Tanah Suci, walaupun masih mengekalkan gaya rambut panjang.

“Kalau Sajat pergi umrah nanti, Sajat akan berpenampilan lelaki. Tak kisahlah, walaupun rambut panjang sekalipun.

“Tahun ni adalah tahun paling Sajat seronok. Insya-Allah tahun depan Sajat akan pergi umrah lagi,” katanya dalam satu sesi siaran langsung di TikTok.

https://www.tiktok.com/@su.ufora/video/7509847050171714837

Tak akan ulang kesilapan lalu

Sajat turut menyatakan hasratnya untuk belajar daripada kesilapan lalu dan berikrar tidak akan mengulangi perbuatan yang pernah mengundang kontroversi.

“Kita belajar daripada apa yang berlaku dan kita tidak mahu mengulangi lagi benda yang membuatkan orang marah.

“Keluarga Sajat pernah cakap kat Sajat, apa yang berlaku kepada Sajat, jangan sesekali tukar agama,” katanya lagi.

Terdahulu, penampilan Sajat pernah mengundang kritikan ramai apabila beliau mengerjakan umrah dengan berpenampilan seperti wanita.