“Saya Akan Ikhtiar Pasang Lampu Jalan & Pagar Penghadang Sepanjang Sungai Korok” – Zahid Hamidi

LocalPolitics
9 Jul 2025 • 10:39 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Susulan tragedi kemalangan yang mengorbankan enam beranak baru-baru ini, kerajaan akan meneliti cadangan untuk membina pagar dan memasang lampu jalan di sepanjang laluan berhampiran Sungai Korok.

Memetik laporan Berita Harian, Timbalan Perdana Menteri iaitu Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata cadangan tersebut akan dibawa kepada Jabatan Kerja Raya (JKR) untuk memastikan aspek keselamatan di kawasan tersebut dapat ditambah baik lagi.

image is not available

Sumber : Berita Harian 

Beliau turut berkata beliau akan mendapatkan taklimat lanjut sebelum menbawa cadangan pembinaan pagar penghadang dan lampu jalan kepada pihak berkaitan.

Kita difahamkan laluan ini tidak mempunyai lampu jalan dan keadaan agak gelap. Jadi, saya akan ikhtiarkan pemasangan lampu jalan bukan sahaja di kawasan ini, tetapi juga di kawasan gelap yang lain.

 

Saya juga akan maklumkan perkara ini kepada menteri yang berkaitan kerana secara kebetulan saya adalah Pengerusi Jawatankuasa Kabinet Mengenai Keselamatan Jalan Raya dan Kesesakan Jalan Raya. Tindakan segera perlu diambil.

image is not available

Beliau berkata demikian ketika mengunjungi rumah nenek kepada Puteri Qisya Nur Izzat, 12, di Kampung Bohor Karang.

Putri Qisya merupakan anak sulung kepada pasangan Mohamad Azim Izat Ishak, 32, dan Nurul Hidayah Khadijah Razman Efendi, 31, yang maut bersama empat anak mereka apabila kereta dinaiki terbabas ke dalam Sungai Korok, awal pagi Sabtu lalu.

image is not available 2 days ago

Misteri Kehilangan Enam Sekeluarga Terjawab, Ditemui Maut Dalam Kereta Tenggelam di Sungai Korok