“Saya Akan Jadi Suami Terbaik Untuk Awak” – Emma Maembong Dan DJ Kidd Sudah Bernikah?

LocalEntertainment
24 Feb 2025 • 9:47 AM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available
emma maembong

Sebelum ini, netizen kecoh dengan spekulasi mengatakan pelakon jelita Emma Maembong sudah bernikah dengan seorang lelaki dikenali sebagai DJ Kidd. Namun, Emma memilih untuk berdiam diri dan tidak memberi sebarang kenyataan.

Sebaliknya, penafian mengenai perkara ini hanya dibuat oleh adik Emma, pelakon Chacha Maembong, kepada media.

DJ Kidd sendiri ‘bocorkan’ petunjuk di Instagram?

image is not available

Bagaimanapun, beberapa minggu ini, DJ Kidd dilihat seolah-olah memberi bayangan bahawa spekulasi ini benar. Menerusi beberapa hantaran Instagram Story, DJ Kidd dilihat berkongsi momen mesranya bersama Emma.

Lebih mengejutkan, DJ Kidd juga meletakkan video-video bersama Emma di bahagian ‘highlights’ Instagram, seolah-olah ingin mengabadikan detik-detik istimewa mereka.

“I will be the best husband for you…”- DJ Kidd.

image is not available

Emma Maembong masih diamkan diri…

Biarpun DJ Kidd dilihat bebas berkongsi momen indah bersama, Emma pula langsung tidak memuat naik sebarang hantaran berkaitan DJ Kidd di Instagramnya setakat ini. Sikap berdiam diri Emma ini membuatkan ramai tertanya-tanya, adakah benar mereka sudah bernikah atau sekadar gosip liar?

Untuk rekod, Emma sebelum ini pernah berkahwin dengan seorang juruterbang sebelum bercerai. Hasil perkongsian hidup, Emma dan Shazli dikurniakan dua orang anak lelaki.

#ApaKataOhmedia

Dalam dunia hiburan, spekulasi dan gosip memang tak dapat dielakkan. Tapi, sebelum percaya bulat-bulat atau buat sebarang spekulasi, lebih baik tunggu pengesahan daripada tuan badan sendiri. Jangan cepat buat andaian, takut nanti tersalah!

image is not available

Jap!


Baca dulu respon netizen di X dan Facebook.
Rujukan kami: Instagram


The post

appeared first on

.