“Saya Akan Sentiasa Berterima Kasih..” – KJ Sekeluarga Tersentuh Hati Atas Kemuliaan PMX Terhadap Pak Lah

LocalPolitics
16 Apr 2025 • 12:55 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Khairy Jamaluddin Abu Bakar atau lebih dikenali sebagai KJ mengakui beliau dan ahli keluarganya berasa terharu dengan beberapa nukilan yang dimuat naik oleh PMX, Datuk Seri Anwar Ibrahim di akaun Instagramnya.

KJ mengucapkan terima kasih kepada PMX di atas kemuliaan yang ditujukan kepada Allahyarham Tun Abdullah Ahmad Badawi atau lebih dikenali sebagai Pak Lah.

image is not available

Terima kasih tuan atas beberapa nukilan ikhlas yang dikarya mengingati sahabat lama. Kami sekeluarga amat tersentuh dengan memuliaan kata Dato’ Seri terhadap ayahanda Pak Lah.

Beliau turut menghargai penghormatan yang diberikan oleh Anwar dan Kerajaan Perpaduan kepada Pak Lah dengan mengizinkan satu istiadat pengebumian yang teristimewa.

Penghargaan juga kepada Dato’ Seri dan kerajaan kerana memberi penghormatan kepada Pak Lah dengan mengizinkan satu istiadat pengebumian yang teristimewa dan kebenaran untuk jenazahnya disemadikan di Makam Pahlawan bersama negarawan-negarawan yang lain.

 

Saya akan sentiasa berterima kasih atas perkara ini.

image is not available

Beliau berkata demikian menerusi komen yang ditinggalkan pada satu hantaran klip video yang dimuat naik Anwar di media sosialnya.

Klip video berdurasi 56 saat itu memaparkan kenangan PMX bersama Allahyarham Tun Abdullah yang juga Perdana Menteri ke-5 ketika bersama-sama dalam pentadbiran kerajaan terdahulu.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Anwar Ibrahim (@anwaribrahim_my)

Tun Abdullah menghembuskan nafas terakhir di Institut Jantung Negara kira-kira pukul 7.10 malam semalam selepas mengalami masalah pernafasan.

Jenazah Perdana Menteri Ke-5 Malaysia itu selamat disemadikan di Makam Pahlawan pada pukul 2.30 petang.

image is not available 22 hours ago

"Mesti Ada Cerita Peribadi Antara Dia & Pak Lah" - Lelaki Berbaju Biasa Tular, Ikhlas Tadah Tangan Berdoa Depan Jenazah Tun Abdullah