“Saya akan sentiasa rindu ‘bau’ keluarga” – Farid Kamil Ubat Rindu Terhadap Keluarga Dengan Istighfar

Entertainment
8 Jan 2025 • 1:40 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Umum mengetahui, pasangan pelakon suami isteri Farid Kamil dan Diana Danielle kini dalam proses perceraian dan sudah pun tinggal berasingan.

Menerusi Harian Metro, Farid mengakui dia amat merindukan isterinya serta dua orang anaknya, Muhammad dan Nur Aurora.

Pelakon Lagenda Budak Setan itu, memilih untuk memperbanyakkan istighfar sebagai satu terapi selain tidak putus berdoa supaya dia dapat memberikan kebahagiaan buat mereka.

image is not available

“Satu perkara yang saya akan sentiasa rindukan adalah ‘bau’ keluarga itu. Kenangan bersama anak-anak dan isteri.

Mungkin percutian bersama keluarga juga. Itu perkara yang saya rindu. Setiap kali terbit perasaan rindu saya memperbanyak istighfar. Bila istighfar, insya-Allah hati akan rasa tenang dalam apa jua keadaan.

Pada saya, di dalam situasi sekarang tiada senjata, bahan atau warna yang boleh menyampaikan hasrat saya ketika ini melainkan doa.

Saya tidak berhenti berdoa agar suatu hari nanti keluarga saya kembali berbahagia seperti dulu insya-Allah… itu harapan saya,” katanya.

Dalam pada itu, Farid berkata hubungannya dengan Diana masih sama seperti dulu dan mereka sudah lama tidak bertentang mata.

“Walaupun dalam keadaan tidak begitu baik, tetapi saya tetap cuba berdoa untuk mendapatkan kebaikan. Saya masih lagi dalam proses untuk berjumpa dengan isteri.

Kali terakhir jumpa anak tahun lalu, sudah lama tak jumpa. Bukan tak boleh jumpa, tak ada masalah dan juga halangan. Tapi, ketika ini saya perlu berjalan seorang diri untuk mendapatkan apa yang dicari.

Saya dan anak-anak memang selalu berhubung menerusi panggilan telefon, cuma kalau berjumpa, tahun ini masih belum,” katanya.

Sebagai info, kemelut rumah tangga pasangan itu kembali menjadi perhatian selepas Diana mengumumkan mahu memfailkan perceraian pada 28 Oktober tahun lalu selepas lebih setahun rujuk.

Sumber: Harian Metro

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.