“Saya akui salah” – MK K-Clique Mohon Maaf Tak Pakai ‘Seat-belt’ Ketika Memandu

Entertainment
31 Jul 2023 • 11:05 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Baru-baru ini, penyanyi rap MK K-Clique telah memuat naik video sedang bergurau dengan isterinya, Siti Hajaar yang sedang memandu di atas jalan raya.

Namun, video aksi romantis itu telah mengundang persepsi lain apabila netizen mendapati kedua-duanya tidak memakai tali pinggang keledar ketika kenderaan sedang bergerak sehingga ada yang menyeru pihak berkuasa mengambil tindakan kepada mereka.

MK tampil mohon maaf

Susulan video itu, MK atau nama sebenarnya Muhammad Hairi Amin tampil memohon maaf atas kesalahan mereka itu dan turut berterima kasih kepada semua orang yang memberi teguran kepada mereka.

Katanya menerusi video yang dimuat naik di laman Instagram, tiada alasan di sebalik kesilapannya tidak memberikan contoh yang baik kepada masyarakat.

“Pertama kali, saya ingin meminta maaf kepada semua kerana telah memberi contoh yang tidak baik dan tidak bertanggungjawab dengan video yang saya upload dua hari lalu. Video berkenaan saya sedang mengusik isteri saya ketika sedang memandu dan tidak memakai tali pinggang keledar dengan betul, sama juga dengan isteri saya yang sedang memandu.

“Itu adalah tanggungjawab saya dan saya minta maaf kepada semua kerana tidak bertanggungjawab dan tidak memberikan contoh yang baik,” ujarnya.

Selain mengakui kesilapan yang dilakukan, MK juga berharap kelalaiannya itu dapat menjadi pengajaran buat semua pihak.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by MK K-CLIQUE (@hairiwhuut)


Dalam pada itu, netizen juga menasihati mereka supaya lebih peka dan mematuhi peraturan di jalan raya supaya tidak berlaku perkara yang tidak diingini.

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.