“Saya Bagi Muka Pada Datuk Yusof Haslam, Siapa Tahu, Tahulah” – Aaron Aziz Akui ‘Dibuang’ Dari Filem Syamsul Yusof

13 Mar 2023 • 5:51 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Pelakon Aaron Aziz hari ini ada menjelaskan mengapa dia sudah tidak lagi terlibat secara langsung dalam filem Original Gangster arahan Syamsul Yusof.

Jelas Aaron, dia tidak menarik diri daripada produksi filem itu tetapi sebenarnya telah dibuang.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Aaron Aziz (@aarondwiaziz)

Namun begitu, Aaron tidak mahu mendedahkan sebab sebenar dia ‘dipecat’ kerana enggan membuka aib sesiapa.

Saya cuma boleh katakan saya tak terlibat dalam Original Gangster. Saya nak jadi profesional, saya tak nak buka aib sesiapa.

Saya bagi muka paa Datuk Yusof Haslam, saya anggap dia macam bapa saya. Siapa yang tahu, tahulah.

Perkara itu didedahkan Aaron ketika ditemui media sepanjang majlis Anugerah Drama Sangat 2023 yang berlangsung malam tadi.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Aaron Aziz (@aarondwiaziz)

Ditanyakan sama ada dia bergaduh dengan pengarah filem itu iaitu Syamsul, Aaron tidak mahu mengulas mengenainya.

Selisih faham tu, yang faham tu faham jelah, yang tak faham, tak payah faham. Saya tak nak buka cerita.

Perkembangan terkini, Aaron kini terlibat dalam filem berjudul Sheriff arahan Syafiq Yusof terbitan Skop Production.

image is not available 14 jam lalu

"Kami Dah Kenal Lama" - Sophia Albarakbah Hangat Bercinta Dengan 'Mr Doktor', Akan Dedah Kekasih Lepas Nikah