“Saya bangga dengan keunikan suara itu” – Dilabel Suara Tak Sedap, Ini Respon Elizabeth Tan

Entertainment
17 Sep 2026 • 4:52 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

ft lizzy

Penyanyi dan pelakon Elizabeth Tan baru-baru ini menjadi sebutan netizen di Threads apabila seorang pengguna platform media sosial tersebut mendakwa penyanyi lagu Knock Knock ini tergolong dalam kalangan penyanyi yang dianggap ‘bersuara tak sedap’ selain daripada Nabila Razali dan Daiyan Trisha.

Bagaimanapun, pemilik nama sebenar Elizabeth Tan Su Mei melihat perkara itu daripada sudut berbeza dan menganggap keunikan tone suaranya itu sebagai identiti tersendiri.

Dalam pada itu, Elizabeth mengatakan bahawa kelemahan teknik vokal menjadi antara sebab dirinya tidak banyak menerima tawaran untuk membuat persembahan nyanyian.

“Saya dah tinggalkan komen di  hantaran tersebut, saya percaya memang ton suara saya agak unik. Kalau orang dengar lagu tanpa lihat mukan pun akan tahu itu Lizzy.

“Saya bangga dengan keunikan suara itu dan tidak pernah rasa rendah diri. Tak semua orang ada. Tapi daripada segi teknik penyanyi memang saya tak pandai dan disebabkan itu tidak banyak ambil tawaran persembahan menyanyi.”

Screenshot 2026 09 17 160202

Selain itu, Elizabeth juga menegaskan yang dia tak pernah menganggap dirinya sebagai seorang penyanyi hebat memandangkan dia tidak pernah mengikuti kelas vokal atau menjalani latihan khusus dalam bidang nyanyian.

“Nasib baik dia tak kutuk lakonan, kalau tak memang saya akan tertekan kerana meletakkan usaha yang lebih dalam bidang lakonan.”

“Kalau bab menyanyi, saya tak pernah cakap saya pandai menyanyi. Tak pernah pun cakap saya ini hebat menyanyi. Saya tak pernah masuk vokal atau training sebagai seorang penyanyi. Saya pernah terfikir untuk belajar vokal daripada Ernie Zakri tapi kesibaukan komitmennya buatkan saya masih tidak berpeluang lagi.”

Biarpun dipertikai, ia tidak melunturkan semangat Elizabeth daripada terus menghasilkan karya baharu. Bahkan, dia kini dalam proses menyiapkan beberapa lagi yang ditulis sendiri dan bakal dilancarkan dalam masa tersebut.

“Saya sedar diri tapi dalam masa yang sama bukan bermaksud saya akan berhenti menyanyi. Saya suka menulis lagu. Saya juga menyanyi dalam genre yang sesuai dengan suara. Nanti dengarlah lagu baharu saya, peminat akan lihat sisi berbeza Elizabeth Tan.”

Sumber: mStar Online

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved