“Saya Bebas..” – Kantoi Bercinta Dengan Lee Chaemin, Ryu Dain Beri Respon Padu

28 Mar 2024 • 3:30 PM MYT
KimchiDaily
KimchiDaily

Kpop malay site consists of entertainment news, hot topics related to Korea

Nampaknya selebriti Korea kini lebih santai apabila mengumumkan hubungan cinta.

Buktinya, pasangan Lee Chae-min dan Ryu Da-in yang terus mengakui hubungan mereka selepas ditemui peminat sedang bertemu janji.

Ulas pelakon wanita dalam satu temubual media,

Saya tak berasa terbeban untuk bercinta secara terbuka. Bukankah saya sepatutnya melakukan yang terbaik dalam pekerjaan saya sebagai pelakon sahaja?

image is not available

Tambahnya,

Saya seorang yang bebas dan tak menyembunyikan apa-apa tapi mungkin kalian tak percaya, saya cuba menyorokkan hubungan ini sebaik mungkin. Saya berkata kepada Lee Chae-min supaya kita bercinta dengan baik sahaja.

Semoga berbahagia!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.