“Saya belajar kerana adik saya” – ‘Interview’ Dengan Penterjemah Bahasa Isyarat RTM Buat Ramai Terharu

Entertainment
19 Feb 2025 • 3:09 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Bahasa isyarat merupakan cara berkomunikasi dengan mereka yang kelainan upaya (OKU) yang mempunyai kesukaran dalam percakapan serta pendengaran.

Jika anda sering menonton waktu berita di saluran RTM, pasti anda akan menyedari seorang penterjemah bahasa isyarat wanita yang sudah lama menjadi penterjemah bagi rancangan tersebut.

Tan Lee Bee merupakan penterjemah bahasa isyarat ‘lejen’ yang sudah berkhidmat 40 tahun dengan saluran RTM.

@zestie.my

Meet the legendary TV sign language interpreter @Tan Lee Bee More interesting videos @zestie.my

♬ original sound – Zestie Malaysia – Zestie Malaysia

Dalam video berdurasi hampir tiga minit itu, Tan Lee Bee berkongsi dia mulanya belajar bahasa isyarat untuk berkomunikasi dengan adiknya yang mempunyai masalah pendengaran.

“Jika anda lihat saya di TV maknanya saya sedang bekerja untuk RTM, jika saya tiada berkemungkinan saya di mahkamah kerana saya juga bekerja (penterjemah) di sana,” kongsinya.

Dengan nada yang berseloroh, Tan Lee Bee berkongsi dia seorang yang sangat ramah dan sering berbual dengan rakan sekerjanya kerana dia tidak banyak bercakap ketika bekerja.

Video temu ramahnya dengan TikTok @zestie.my tular di media sosial dan rata-rata netizen terinspirasi dengan sifat positifnya.

image is not available

Dia juga berharap akan ada lebih ramai penterjemah sepertinya agar tiada halangan untuk OKU dan mereka yang normal untuk berkomunikasi.

Sumber: TikTok

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.