“Saya Beri Jaminan Sekolah Berasrama Penuh Masih Selamat, Ibu Bapa Tak Perlu Risau” – Fadhlina Sidek

LocalPolitics
8 Aug 2025 • 3:49 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek memberitahu dirinya memberi jaminan bahawa sekolah berasrama penuh di seluruh negara masih kekal selamat.

Beri jaminan sekolah asrama penuh selamat

Menurutnya, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sentiasa mempertingkatkan aspek keselamatan serta komited memberi ekosistem pendidikan yang selamat serta memberi impak positif buat pelajar.

Jadi jangan risau, sekolah-sekolah ini masih lagi selamat dan kita sentiasa mempertingkatkan soal keselamatan, serta melakukan penambahbaikan dalam semua aspek khsususnya dalam memastikan sekolah ini terus menjadi sekolah selamat.

image is not available

Difahamkan, pengulasan itu untuk membalas kenyataan Ahli Parlimen Kinabatangan Bung Moktar Radin di Dewan Rakyat pada Selasa lalu yang mendakwa kini ramai ibu bapa di Sabah sudah fobia untuk menghantar anak-anak mereka ke sekolah berasrama penuh.

Ibu bapa di Sabah fobia isu kematian arwahZara

Bung Moktar mengatakan hal itu berlaku susulan kes kematian seorang pelajar sekolah menengah agama iaitu Allahyarham Zara yang didakwa meninggal dunia akibat dibuli oleh pelajar lain.

image is not available

Dalam pada masa yang sama, Fadhlina berkata KPM akan mengambil tindakan tegas terhadap pelajar yang terbukti melakukan salah laku buli, termasuk gantung sekolah dan sepanjang tempoh itu, mereka perlu sertai program ‘Bangkit Bermaruah’ iaitu program khidmat masyarakat.

image is not available 2025-08-08 12:44:23

"Modal Buat Content" - Netizen Dikecam Cipta Foto AI Untuk Adik Zara Qairina