“Saya bosan” – Marissa Dania Tepis Dakwaan Buat Live Sebab ‘Struggle’ Cari Duit

Entertainment
29 Aug 2025 • 4:49 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Anak kepada pelakon Abby Abadi iaitu Marissa Dania menepis dakwaan netizen yang mengatakan bahawa dia kini sedang dalam keadaan struggle mencari wang dengan cara membuat live.

Dalam satu keratan video viral di TikTok, dia memilih untuk membuat perniagaan tudung secara live hanya kerana nak isi masa bosan.

 

“Isteri-isteri yang struggle nak cari duit? Tak ada lah saya tak struggle pun” – Marissa Dania

Dalam live tersebut Marissa dilihat sedang mempromosikan tudung jenamanya sambil membaca komen-komen yang netizen berikan.

“Mana ada promote saya bagi tahu je, kenapa eh? Mungkin ada masalah dengan (rakyat) Malaysia ni.”

Sebelum ini, Marissa Dania menjadi tumpuan netizen apabila Abby Abadi ada memberikan bayangan yang seolah-olah Marissa kini terhimpit dalam hubungan toksik.

Bahkan, anggota kumpulan Elite itu juga turut mendakwa yang Marissa kini sedang berusaha untuk meninggalkan hubungan itu, namun memerlukan masa.

Sumber : TikTok

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.